Internet-webhosting

Saturday, June 04, 2005

Review Album ANTARA DUA ~ Farah

Image hosted by Photobucket.com



Kulit album ni diambik dari Komputer Rosmanpositivo (Thanks Che Ros)


Sabtu yang membosankan bagi aku, tak banyak benda yang aku buat dari pagi tadi hinggalah sekarang. Tapi entah macamana aku terfikir lak nak komen sikit tentang album sulung Farah yang berjudul ANTARA DUA. Aku bukan seorang pengkritik professional tapi ni adalah datang dari hasil kajian aku sendiri la (Takde kene mengena dengan orang lain). Komen ni keluar dari isi hati aku setelah mendengar lagu2 yang terdapat di dalam album Farah. Itu pun depends on halwa telinga aku gak, bukan dari orang lain.

Track 01~Jalan Terakhir
Tajuk lagu ni seolah2 tajuk lagu Allahyarham Sudirman SALAM TERAKHIR. Muzik yang perlahan dan begitu sesuai didengar ketika nak masuk tidur. Lagu berkisarkan dua orang insan yang ingin membina mahligai bahagia tetapi kecundang di tengah jalan. Muzik arrangement lebih kurang seperti arrangement lagu TDK.

Track 02~Antara Dua
Lagu ni dah berkumandang di corong radio sebelum album farah diedarkan lagi. Lagu yang rancak dan kaki anda boleh bergoyang mengikut rentak. Mengisahkan seorang insan yang mempunyai dua hati dan tak tau nak pilih yang mana satu idaman kalbu. Risik2 lah Farah kalau nak tahu siapa diANTARA DUA tu..

Track 03~Usah Kau Berpaling
Satu lagi lagu sedih dan mendayu-dayu yang terdapat dalam album ni. Intro lagu ni seolah2 intro lagu Ziana Zain.. Susah gak nak bagi komen.. tapi best didengar pabila malam menjelma.

Track 04~Menari Bersamaku
Salah satu lagu yang aku minat. Rentak yang rancak. Bila aku dengar lagu ni... tak sah kalau kepala aku tak goyang2. Tapi part yang aku paling minat dan tunggu2 adalah part yang akhir tu... kalau korang nak tau... cuba2 lah dengar ok...

Track 05~Tangisan Dalam Kerinduan
Lagu yang memperkenalkan Farah dalam dunia artis. Lagu yang dipertaruhkan semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 2. Tak perlu aku bagi komentar. Korang semua dah hafal dah lagu ni.

Track 06~Mengejar Pelangi
Lagu kedua yang aku minat dalam album ni. Rentaknya yang rancak dan ada unsur2 Rock. Pada sesiapa yang pernah pergi ke Showcase Farah di Safari Lagoon, lagu ni adalah antara lagu2 yang didendangkan semasa berlangsungnya showcase tersebut. Dan itulah kali pertama aku dengar lagu ni. Seperti kata Aznil.. "Bukan senang nak jatuh cinta pada lagu yang baru kali pertama anda dengar, tapi saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini"..dan begitu juga dengan aku... Aku jatuh cinta pandang pertama dengan lagu ni.

Track 07~Milikmu Sepenuhnya
Lagu yang berentak slow, sama seperti lagu Jalan Terakhir dan juga Usah Kau Berpaling. Lagu2 yang berentak demikian banyak menguji kebolehan vokal Farah dari low tone hinggalah ke high tone.

Track 08~ Mengapa,... Janji Manismu
Lagu yang Farah dendangkan semasa konsert minggu ke-3 dan ke-9 ini yang telah menyeret aku untuk meminati Farah. Lagu mengapa yang telah meremangkan bulu roma aku (ada bulu roma ker??) semasa tengah menonton konsert tersebut. Lagu Mengapa dan Janji Manismu ini telah di'MEDLEY'kan dalam album ni. Arrangement lagu yang telah disusun semula oleh Adnan Abu Hassan ini akan mengimbas kembali nostalgia kita ketika Farah berada di Akademi Fantasia.

So, bagi korang yang nak tau lebih lanjut tentang apa isi kandungan album Farah ni.. korang belilah sendiri ok... bagi aku... aku akan bagi Image hosted by Photobucket.com untuk album ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

rg/dc/dcmitype/StillImage" /> -->