Internet-webhosting

Tuesday, August 25, 2009

++ Ride Survey Rumah Anak Yatim Kompleks Kebajikan Rukaiyah ++

Tanggal 22 Ogos 2009, Saya bersama sedara Mie, Amy, En Mad (Wakil Kawasaki) dan sedari Anne telah melawat ke Rumah Anak Yatim Kompleks Kebajikan Rukaiyah, Kajang.

Sessi bersuai kenal dan persediaan bagi Program Ride Amal Bersama Anak Yatim di Kompleks Kebajikan Rukaiyah yang akan di adakan pada 5 Ogos 2009.

Amal 03

Amal 04

Amal 05

Amal 06

Amal 08

Amal 09

Labels:

++ Merdeka Ride dlm Bike Trader ++

untuk tatapan semua.. sempena bulan merdeka..

Bike Trader #141

++ Bike Trader # 141 edisi 21 - 27 August 2009 ++

Labels:

Sunday, July 26, 2009

++ Bintulu and Miri ++

Tanggal 12-15 Julai 2009, aku pegi Bintulu atas urusan kerja.. Masa kat KLIA (masa pemeriksaan beg) terpaksa aku keluarkan semua barang aku dalam beg sebab suspected bawa pisau cukur.. huhuhu.. tapi alhamdulillah.. takde pun setelah kali ketiga masuk scanner..

Aku mengajar Safe Motorcycle Defensive Riding kat Bintulu pada 13-15 Julai 2009. Lepas tu terus ke Miri atas urusan yang sama. 18 Julai 2009 aku balik KL.

Sempat la jalan2 di area Bintulu dan Miri selama seminggu di sana. Buat tatapan kengkawan semua, ni ada beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan racun untuk korang pegi sana.. hehehe..

Bintulu02
++ Bersebelahan dengan Parkcity Everly Hotel ++

Bintulu01
++ Paragliding@Bintulu waterfront in d'making ++

Bintulu03

Miri01
++ Bandar Miri dari tingkat 9 Mega Hotel ++

Miri02
++ Muzium Petroleum (bertempat di atas bukit) ++

Miri03
++ Patung yang menceritakan semasa zaman dulu2 ketika kerja menggali minyak dijalankan di atas bukit ++

Miri04
++ The Grand Old Lady ++

Miri05
++ Tinggalan peralatan menggali minyak di zaman dahulu ++

Friday, April 24, 2009

Better Man



Hmmm.. buat halwa telinga anda semua.. aku dh hafal lama dh lagu ni.. suker sangat2...

Ntah la.. buat masa sekarang ni.. jarang sgt update blog ni.. ada gak 2-3 orang sound.. sakit tinger dengar beb.. bukan tak nak.. tapi masa kurang mengizinkan...

tgk2 la nanti klu ada masa..

satu lagi tu.. skg ni.. tgh setup website sendiri lak.. http://candidpiktures.com tapi tak siap2 lagi.. huhuhu..

cuma skg ni masih copy paste dari fotopages...

Thursday, April 09, 2009

Pearl Jam - Black



Dah lama dah tak layan Pearl Jam ni.. Terkenang masa aku di MFI tahun 90an.. lagu2 Pearl Jam sentiasa berkumandang di halwa telinga ku..

Sekadar nk mengimbas kembali memori tahun2 yang berlalu..

Sunday, February 01, 2009

+ Kelembapan Menjelma+

Aku tak tau la apa tahap kelembapan Malaysia Airlines System (MAS) ni.. Dari semalam aku call terpaksa tunggu lama.. dari RM5 kredit hp aku.. sampai RM0.28.. cakap kejap jer.. tak sampai pun maklumat yg aku nak dptkan tu..

Hari ni pun sama.. dekat2 10 minit aku tunggu diorg angkat call.. last sekali.. dia suruh aku call esok lak.. Adessssssssss..

Aku tau la setiap kali org call.. korg dapat duit kan.. tapi jgn la sampai tamak sgt.. aku call bukan suka2..

Dlm maybank dh tolak dh duit tu maasuk dlm akaun MAS.. tapi status dlm itinerary lak.. tulis failed..

Aku rasa.. sebab tu la ramai yg dh berhijrah ke Airasia rasanya.. Mungkin la kot.. heehe..

ok la..

+ adios + cau cin cau +

Labels:

Friday, January 30, 2009

+ Dunia Dihujung Jari Anda +

Asus P320

Setelah acap kali menahan air liur meleleh tgk HP orang canggish2.. Dan sampai gaban pun nanes sedih tgk aku.. maka.. 14 Januari 2009, hajat aku tercapai.. 1st tepon aku yg ada touch screen.. (Mek.. aku cemburu tgk ko leh update fb kat tepi kolam tau)..

Walaupun 2nd hand, tapi berbaloi buat aku.. separuh harga.. (bukan setakat separuh.. tapi tambah suku lagi).

Lepas ni.. leh la aku update apa2 yang patut kan.. hehehe..


+ adios + cau cin cau +

Labels:

Wednesday, January 28, 2009

My 33th Birthday..



Genap umur aku 33 tahun esok..

Alhamdulillah.. 1st time dalam hidup aku.. Bukan celebrate.. tapi mengulangtahunkan hari kelahiran aku sebagai seorang suami.

Banyak benda yang berubah.. dan banyak jugak yang tak berubah.. Ada yang kata aku masih mcm dulu.. tapi tak kurang jugak yg berkata "ko dh berubabh la ckit".. ckit je la.. hehehe..

Sempena hari ulang tahun aku yg ke-33 ni pun.. aku update blog aku yang ntah berapa tahun dh tak update.. Akhirnya korang yang rindu kat aku tu.. harap2 hilang la rindu tu ok.. muahahahaha..

Buat kengkawan semua.. Hepi birthday to u too.. takkira la belum lagi ker.. dh lepas ker.. janji dh wish dh awal2..

Hepi New Year..
Hepi Chinese New Year..
Hepi Federal Territory Day..
&
Hepi Besday..

+ Adios + Can Cin Cau +

Labels:

Saturday, October 06, 2007

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Kepada anda yang memandu kereta ketika nak balik kampung tu.. berhati2 la dijalanraya.. pasang la tali pinggang keledar...
Kepada penumpang kereta ketika nak balik kampung tu.. pun.. pasang la tali pinggang keledar...
Sayangi diri anda.. dan sayangi orang yang menyayangi diri anda..
Ingat..
BERHATI.. BERHATI.. DI JALANRAYA..

Sunday, August 19, 2007

Dato' Shake Appearence on Father's Day


17 Jun 2007, Dato' Shake muncul di Menara KL untuk membuat persembahan sempena Hari Bapa. Dah dua bulan dah cerita ni.. Mmg menarik.. Dato' Shake still maintain.. dari segi penampilan dan juga persembahan.. Tentang persembahan dier, aku tak complaint.. tapi yang aku BENGANG ni.. Orang yang bertanggungjawab membawa dan mengadakan showcase ni..

Adalah sebuah 'production House' ni.. Cakap kdg2 ada gak yg ckp besar.. projek dgn jabatan ni la... jabatan tu la.. kementerian ni la.. itu la.. bawa artis besar2 la.. pernah buat event besar kat sebuah universiti kat Selangor... Tapi pasal payment... Hampeh..

Sebelum ni, aku ada projek ribu2 jugak dgn dier.. Mak! Ai!... bukan main ligat nk settle payment... 3 Bulan baru settle.. (3 kali bayar cash.. dua cek tendang). Itu pun setelah aku kol setiap hari selama 2 minggu (tak termasuk kos telefon aku lagi tu). Government pun sebulan dh settle dh... Ni satu projek lagi.. Dh nak masuk 3 bulan dh ni... tak settle2 lagi.. kol org bertanggungjawab.. Mcm2 alasan yg dibagi.. Kdg2 tak masuk akal pun alasan tu... Bosnya pernah cakap ngan aku.. "ko cakap je la dgn hantu (bukan nama sebenar), sebab aku tak layak cakap dgn ko" (Wah. dier ingat aku ni siapa.. aku tau la ko tu ada syer dlm production tu... tapi ingat.. syarikat aku ni, aku punya... 100% aku punya..Takde syer2 mcm ko la..) Bukan byk sgt yg aku mintak... Tak sampai pun 10% dari keuntungan yg korang dpt tu... HAMPEH!!!!!!!!!!!!

Lain kali.. mintak maaf bro... aku taknak kena lagi utk kali yg ketiga ok... Gud bye bebeh..

* Pix: Koleksi peribadi

Monday, August 13, 2007

Roadshow Filem Kayangan

Roadshow Filem Kayangan telah diadakan pada 11 & 12 Ogos 2007 yg lepas di 3 buah tempat iaitu Maidin USJ, Selayang Mall dan Terminal One, Seremban. Menarik? Mmg menarik dan meriah.. Dengan kehadiran dan para pelokon filem Kayangan seperti Teuku Zacky Azwar, Nur Fazura Sharifuddin, Julia Ziegler, Eric, Mastura Ismail dan para penyanyi Kayangan the Sountrack seperti Zahid, Farah, Ajai serta Y. M. Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Wahman.

Seperti biasa.. Sessi mempromosikan filem kayangan dan album soundtrack diceriakan dengan gelagat dan celoteh DJ bertugas.. disamping penampilan intimewa DJ Radio Suria FM sebagai radio rasmi bagi filem kayangan.

Persembahan dimulakan dengan persembahan lagu rock dari Farah dengan lagunya yg dipetik dari album sountrack bertajuk GEMBIRA HIDUP INI. Diikuti dengan memperkenalkan pelakon utama filem ini iaitu Teuku Zacky Azwar, Nur Fazura dan Julia Ziegler. Pelakon utama filem ini memeriahkan lagi suasana dengan sessi bermesra dengan penonton dengan mengadakan permainan tiru macam saya. Julia, Nur Fazura dan Teuku Zacky dijadikan model sebagai model catwalk dan penonton yang bertuah yang dijemput naik ke pentas dikehendaki meniru gaya mereka.

Selepas itu, Penonton dihiburkan lagi dengan nyanyian irama Hip Hop oleh Zahid feat. Sazzy (tetapi sazzy tak dpt menghadirkan diri atas beberapa sebab) bertajuk PERLUKAH juga dipetik dari album soundtrack filem Kayangan. Tak sah kalau tidak disajikan dengan lagu tema filem kayangan yang dinyanyikan oleh Ajai dan Y. M. Tunku Datuk Mimi Wahida sebagai penerbit filem Kayangan yang bertajuk KAYANGAN.

Secara peribadi.. saya tak tonton lagi filem ni.. cuma saya memang berhajat nak tengok.. sape2 nak join.... jom.. Dari segi sinopsis filem ini.. rasanya cerita yang sama seperti filem dulu2... kisah cinta dua darjat... cuma cara pengolahan dan cara penceritaan tu yang berlainan.. Yang saya tau.. Dialek yang digunakan memang jarang di pertontonkan didalam sesebuah filem.. iaitu dialek Negeri Sembilan..

Sape nak tengok Fazura pakai helmet????? Tonton la filem KAYANGAN...

Sunday, August 12, 2007

My Buddy



Tanggal 20 Julai 2007, sah la ko menjadi milikku (Ah chunnyaaaa). Setelah sekian lama menggunakan 2 roda, kini aku mempunyai teman seperjuangan beroda empat. Dah lama dh aku minat kat ko ni, tapi memandangkan byk halangan maka aku tangguhkan dulu. Akhirnya...

Banyak gak aku kena ganti, tapi ckit2 la.. nanti ko terkejut lak klu aku ubah ko 100% kan.. Rileks.. "Pelan2 kayuh".. kata orang2 lama. Namun ko mmg baik.. tak mendatangkan masalah pada aku. Aku sayangkan ko.. Mmmmuuuaaahhhhhhssss.

Tadi kita gi USJ sama2.. Aku dh belikan ko satu hadiah.. Ko mesti suka kan? Nanti yg superb.. Ko jugak... Hehehe. Esok kita gi TV3 ok.. pastu ko tunggu aku kat sana.. Aku nk gi seremban.. Tinggalkan ko kejap. Jgn nakal2... Hahaha..

Wednesday, August 08, 2007

Haruskah kita mendapatkannya?

Terdampar di Teluk Cempedak

dimana harus mendapatkan ketenangan disaat kusut
dimana harus mendapatkan kesedihan disaat duka
dimana harus mendapatkan hiburan disaat suka
dimana harus mendapatkan keseraman disaat takut
dimana harus mendapatkan kebimbangan disaat ragu
dimana harus mendapatkan sinar disaat gelap
dimana harus mendapatkan kelebihan disaat kurang
dimana harus mendapatkan keharmonian disaat sengketa
dimana harus mendapatkan kejayaan disaat gagal
dimana harus mendapatkan teman disaat sendirian

Hmmmmmm dimanakah.......

Sunday, January 21, 2007

FARAH's 22nd BREEP BREEP DAY!

Bagi pembuka tirai tahun 2007 Farah Fan Club Malaysia (FFC) kini akan menganjurkan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Cik Farah Diana Anuar yang ke 22 atau lebih meriah lagi kita namakan FARAH's 22nd BREEP BREEP DAY! pada :-

TARIKH: Sabtu, 10 Febuari 2007
MASA: 8.00 PM
TEMPAT: Indah Ballroom, Flamingo Hotel, Ampang.
TEMA PAKAIAN: Hijau, Coklat & Putih

Harga:-

VIP = RM150 (+ duduk semeja bersama FARAH & cenderahati istimewa... terbuka kepada 8 org terawal sahaja... siapa cepat, dia dapat!)
BUKAN AHLI = RM90
AHLI = RM70
KANAK-KANAK = RM35

Untuk Tempahan, sila nyatakan maklumat anda seperti:-

» NAMA PENUH
» NO.AHLI (jika Pureffc),
» NYATAKAN TEMPAHAN ANDA (berapa orang)
» NO. TEL/HP UNTUK DIHUBUNGI

Kemudian, sila bank-in wang anda ke akaun:-

RAJAP BIN JAPAR
Maybank - 5 6 2 2 6 3 0 0 5 9 3 4


§ Selepas bank-in, anda perlu;

» Sms ¦ jgn call, sms shj ¦ 019-373 1759 ¦ or ¦ 012 - 270 0899 ¦ or
» Private Msg di ¦ www.farahfanclub.com ¦ or
» Email ¦ jabrj76@yahoo.com ¦

Tarikh akhir tempahan & pembayaran adalah pada 2 Febuari 2007

Come on! Let's Party With Us!

TQ.

Tuesday, September 26, 2006

Ramadhan Al-Mubarak With Farah & Farah Fan Club (FFC)



Assalamualaikum...Breep Breep... Ek-oOo!!!

Farah Fan Club, Malaysia (FFC) akan menganjurkan Ramadhan Al-Mubarak With Farah & Farah Fan Club (FFC),sebuah majlis berbuka puasa dan beramah mesra Farah & Peminat- Peminat. Majlis ini akan diadakan di The ZON, All Suites Residences On The Park pada 14 Oktober, 2006 (Sabtu) bersamaan 21 Ramadhan 1427 Hijrah. Tempat adalah terhad (50 orang sahaja) dan terbuka kepada semua Ahli Farah Fan Club (FFC) & yang bukan ahli juga dialu-alukan hadir.

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

» Ahli FFC - RM40
» Bukan ahli FFC - RM45
» Kanak2 berumur 12 tahun ke bawah (ahli / bukan ahli) - RM20.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin menyertai majlis ini, cara-caranya adalah seperti berikut:-

1. bayaran hendaklah dibuat melalui bank-in ke akaun;

5 6 2 2 6 3 0 0 5 9 3 4 (Maybank) - Rajap Bin Japar

2. setelah bayaran dibuat, sila sms En. Rajap di talian (019 - 3731759) & sertakan maklumat seperti berikut ;

» nama penuh & username dalam web
» jumlah tempahan (ahli / bukan ahli)
» no ahli» HP no. untuk dihubungi
» tarikh, masa & jumlah yg di bank in

** simpan bank-in slip sebagai tiket masuk anda dan bawa kad ahli anda bersama.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan comments ini. ATAU Hubungi, En. Rajap ¦019 - 3731759 ¦, Cik Suryana ¦012 - 701 3663 ¦.

**Tarikh tutup tempahan & bayaran ialah pada 5 Oktober 2005
**Pakaian : Baju Melayu/Kurung/Kebaya/Kebarung atau yang sewaktu dengannya. Jeans & T-shirt adalah tidak dibenarkan.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, March 06, 2006

Bowling Inter Fan Club - Ampang Bowl

Subject : Bowling Inter Fans Club 2006
Tarikh : 05.06.2006
Masa : 2 petang - 5 petang
Tempat : Ampang Bowl, Ampang Point
Anjuran : Misha Omar Fan Club (MOFC) dan Fara Fauzana Fan Club (FFFC)

Atas inisiatif dan perpaduan diantara kelab-kelab peminat (Fan Club) yang terdapat di Malaysia, satu pertandingan boling telah dianjurkan oleh Fara Fauzana Fan Club (FFFC) dan Misha Omar Fan Club (MOFC). Pertandingan yang telah dihadiri oleh 19 buah pasukan dari Fan Club masing-masing begitu meriah sekali dengan pekikan dan sorakan para peminat dan penyokong yang datang membanjiri Ampang Bowl.

Image hosted by Photobucket.com

:: Sebahagian daripada peserta ::


Image hosted by Photobucket.com

:: Salah seorang pemain dari Farah Fan Club ::


Dengan harapan semoga semua FC akan bersatu dan sama-sama menyokong perjalanan artis yang mereka sayangi dan seterusnya industri hiburan di Malaysia. Aktiviti seperti ini juga boleh dijadikan sebagai satu tempat perjumpaan dan perbincangan untuk memantapkan lagi FC masing-masing. Dengan adanya aktiviti seperti ini, suara-suara sumbang yang mengatakan FC ni tak berfaedah mungkin akan berkurangan.

FC YANG MENGAMBIL BAHAGIAN:-
Fans Club :

Misha Omar FC
Farah Fauzana FC
Ningclix – Ning Baizura FC
B.E – Bersama Erra
KRU VIP
Anuar Zain FC
Ziana Folks - Ziana Zain FC
DNFC - Dayang Nurfaizah FC
Sarah Raisudin FC
Fellowship of the kodoks - Afdlin Shauki FC
Amy Mastura FC

Akademi Fantasia FC :

Adam FC
Za8 FC
Amazing Amylea FC
Nana FC
Akma FC
Farah FC (AF2)

Malaysian Idols:

Farahnatics – Farah Asyikin FC
Daniel FC


ARTIS/SELEBRITI YANG HADIR

Adam
Zahid
Amy Mastura
Farah Fauzana
Afdlin Shauki
Nana

Image hosted by Photobucket.com

:: Pemain Terbaik lelaki dengan 428 jatuhan pin (Nana FC) ::


Image hosted by Photobucket.com

:: Pemain Terbaik Wanita dengan 352 jatuhan pin (Misha Omar FC) ::


Keputusan Pertandingan

1st - Misha Omar FC
2nd - Farah Fauzana FC
3rd - Fellowship of the kodoks - Afdlin Shauki FC
4th - Nana FC
5th - Amy Mastura FC
6th - KRU VIP
7th - Amazing Amylea FC
8th - Ningclix – Ning Baizura FC
9th - B.E – Bersama Erra
10th- Daniel FC - Pinkies
11th- Ziana Folks - Ziana Zain FC
12th- DNFC - Dayang Nurfaizah FC
13th- Akma FC
14th- Za8 FC
15th- Adam FC
16th- Anuar Zain FC
17th- Farahnatics – Farah Asyikin FC
18th- Farah FC
19th- Sarah Raisudin FC

Tahniah kepada semua pemenang dan buat yang kurang bernasib baik, akan datang boleh cuba lagi.

**credit to Zairani (MOFC) 4 the results**

Thursday, February 23, 2006

Anugerah Bintang Popular 2005-Prediction

**Selepas keputusan yang telah di umumkan pada 26 Februari yang lalu**

Setahun sudah berlalu. Tahun 2005 menjadi kenangan dan muncul tahun baru 2006. Terlalu banyak cerita baik dan buruk melanda industri hiburan di Malaysia. Tetapi Anugerah Bintang Popular masih menjadi pilihan untuk para peminat mengetahui siapakah bintang yang paling popular dan diminati ramai bagi tahun 2005. Untuk pengetahun semua, ni adalah sikit ramalan yang saya buat untuk ABP 2005.. Saja2 nak tengok samada ramalan ni boleh diterima atau tidak.

1. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Aznil Nawawi (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
3. Azwan Ali
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario

2. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Farah Fauzana (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
3. Linda Onn
4. Norzie Pa'wan Chik
5. Raja Azura

3. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Adi Fashla (X-Fresh FM)
2. Halim Othman (Sinar FM) (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
3. Khairil Rashid (Era)
4. Kieran (Era)
5. Najman (Sinar FM)

4. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Julia (X-fresh FM)
2. Linda Onn (Era) (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
3. Nana (Era)
4. Nila Kurnia (Era)
5. Rina (Best 104)

5. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Azlee (Senario)
3. Lan Pet Pet
4. Saiful Apek (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
5. Wahid (Senario)

6. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Kartina Aziz
3. Norlia Ghani
4. Rosnah Mat Aris
5. Sheila Rusly (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)

7. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bob AF2
2. Mawi (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
3. Shazzy
4. Que Haidar
5. Zahid

8. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah AF2 (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
2. Nora Danish
3. Pija
4. Sharifah Amani
5. Sharifah Zarina

9. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team
3. Mirwana
4. Rabbani (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
5. Raihan

10. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Jamal Abdillah
3. Mawi (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
4. Vince
5. Zahid

11. Penyanyi Wanita Popular
1. Dayang Nurfaizah
2. Ella
3. Farah AF
4. Siti Nurhaliza (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
5. Waheeda

12. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jinbara
2. KRU
3. Ruffedge (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
4. Too Phat
5. VE

13. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Farid Kamil
3. Rosyam Nor (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
4. Saiful Apek
5. Yusry

14. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
4. Nasha Aziz
5. Sharifah Amani

15. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Fahrin Ahmad
3. Jalaludin Hassan
4. Rosyam Nor (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
5. Zamarul Hisyam

16. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja
3. Fasha Sandha (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)
4. Nasha Aziz
5. Rita Rudaini

17. Artis Paling Popular 2005

MAWI (Pemenang Anugerah ABPBH 2005)

Semua ni hanya ramalan dan kejutan pasti akan ada.. Dunia hiburan Malaysia sering disajukan dengan kejutan-kejutan yang kadangkala sampai tidak masuk di akal fikiran. Keputusan di tangan anda semua.. tunggu keputusannya di malam kemuncak Ahad ini. Jumpa anda disana..

Monday, February 06, 2006

Anugerah Juara Lagu ke-20

Image hosting by Photobucket

Anugerah Juara Lagu ke 20, tak banyak yang saya nak perkatakan. Saya tak berharap sangat nak pergi walaupun boleh pergi. Cuma lepak2 dengan member-member sambil layan roti canai tengok AJL kat depan TV. Pilihan saya untuk juara lagu bagi yang ke 20 ni adalah Awan yang pilu dan Gemilang. Bagi kategori yang lain tu, semua favourite dalam list tak masuk langsung.

Nak komen-komen yang menarik dan 'vogue' gitu.. boleh la klik kat SultanMuzaffar dan Mentallydisturbed.

Sunday, February 05, 2006

Saturday live concert SEARCH at Life Centre

Image hosting by Photobucket

Siapa yang tak kenal dengan AMY, KID, DIN, NASIR dan YAZID? Ahli kumpulan SEARCH yang pernah menggegarkan dan masih menggegarkan industri muzik tanahair dan irama Rock khususnya. Kumpulan yang pernah dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Juara Lagu pada suatu ketika dulu dan tidak lama lagi akan mengeluarkan sebuah album lagi yang bertajuk EMPIRE GARDEN. Kemelut yang terdapat di dalam SEARCH tidak lama dulu bukan penghalang bagi kumpulan ini untuk terus bertapak di persada seni tanahair.

Sebelum ini, SEARCH pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka dan baru-baru ini SEARCH mengadakan sebuah lagi konsert yang diadakan di LIFE CENTRE (Channel Dance Club) pada 4 Februari 2006 bersempena dengan 25 tahun penubuhannya. Konsert yang dijadualkan bermula pada pukul 4 petang tertangguh selama 1 1/2 jam atas sebab-sebab teknikal. Kemunculan suara Rockers (Isma Halil Hamzah) dapat mengawal para penonton dan mampu menghiburkan penonton dengan celoteh dan putaran lagu-lagu evergreen yang pernah didendangkan oleh kumpulan SEARCH.

2 jam konsert berlangsung, SEARCH telah mendendangkan lebih dari 14 buah lagu yang pernah popular di era 80an dan 90an yang diantaranya adalah dari album Cinta Buatan Malaysia, Fenomena dan Rampage. Terdapat juga beberapa gabungan lagu yang dipersembahkan secara madley.

SOUND SYSTEM

Sistem bunyi yang terdapat pada konsert tersebut bagi saya kurang memuaskan kerana suara penyanyi (Amy) kurang jelas. Bunyi bass (Nasir) dan dram (Yazid) terlalu menonjol sehingga menenggelamkan suara penyanyi. Manakala sistem bunyi bagi gitar utama (Kid) kurang menyerlah dan kedengaran seperti sayup-sayup kedengaran. Kesan bunyi dari pemain gitar kedua (Din) pula seperti bermain secara 'miming' dan hanya kedengaran apabila saya menyatukan cara petikannya dan menfokuskan kesan bunyinya.

SHOWMANSHIP

Persembahan yang amat bertenaga dan tidak dapat disangkal bahawa SEARCH dulu dan sekarang masih menyengat dan unggul. Kelincahan anggota kumpulan SEARCH khususnya AMY masih menyerlah. Faktor umur bukan penghalang bagi ahli kumpulan ini. Dari pukulan dram, petikan gitar dan suara penyanyi masih ditahap yang membanggakan. Interaksi bersama penonton juga amat menarik.

Bagi saya, sebagai penonton dan juga peminat kumpulan SEARCH, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan konsert yang diadakan. Berbaloi dengan apa yang telah saya korbankan. Semoga di masa akan datang, konsert-konsert seperti ini akan dapat diadakan lagi bagi mengembangkan dan menghidupkan semula irama 'Rock Kapak' yang semakin tenggelam. Menyaksikan konsert ini mengimbas kembali nostalgia zaman remaja dan zaman persekolahan saya dahulu. Zaman seluar ketat, kasut tinggi dan 'buckle besar'. Semoga SEARCH sentiasa unggul dan sentiasa menyengat. Untuk keterangan dan cerita-cerita menarik mengenai kumpulan SEARCH, jangan lupa untuk melayari duniasearch dan search4fan khas dibawa oleh SEARCH untuk anda.

Thursday, February 02, 2006

Farah Turn 21 Celebration- Hotel Crown Princess

Bertemu kembali setelah sekian lama menyibukkan diri dalam bidang kerjaya. Hari ni ada Farah ada rakaman untuk rancangan Macam-macam Aznil yang di adakan di Wisma Ali Bawal, PJ jam 5 petang. Saya memang tak dapat pergi atas atas sebab kerja.

Seperti yang kita sedia maklum, Farah telah pun mencecah usia ke 21 tahun pada 25 Januari 2006 dan Kelab Peminat Farah, Malaysia (FFC) telah pun menganjurkan satu majlis yang dinamakan sebagai FARAH TURN 21 CELEBRATION yang diadakan di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 28 Januari yang lepas. Acara tahunan (aku boleh katakan sebagai acara tahunan la sebab tiap tahun ada) ni adalah satu penghargaan peminat kepada Farah yang selama ini telah menghiburkan mereka samada di atas jalanraya, di bilik tidur, pejabat dan juga di mana-mana sahaja mereka berada ketika mereka mendengar lagu nyanyian Farah.

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Dengan tema Pink & White (x salah kalau aku sebut merah jambu dan putih yer), seramai lebih kurang 100 orang tetamu termasuklah ahli keluarga, sahabat handai, wakil wartawan, blogger (SultanMuzaffar RosmanPositivo) dan peminat menghadiri majlis ini. Majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam ini telah diserikan lagi dengan kehadiran sahabat rapat Farah di Akademi dahulu iaitu Nurul. Nurul yang memakai baju berwarna pink dan berseluar putih turut memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

Suasana riang dan ceria sedikit sebanyak tergugat (saya tak kata ini men'spoil'kan majlis tau.. ini adalah satu saat yang boleh membawa mood kita kepada mood melankolik)dengan kehadiran Nurul pada malam tersebut. Kita pun sedia maklum bahawa Nurul dan Farah telah sekian lama tidak bersua muka dan beramah mesra bersama. Inilah ketikanya mereka berdua melepaskan rasa rindu yang terpendam.

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Aturcara majlis juga adalah seperti biasa dengan dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Faiez, diikuti dengan ucapan Yang Di Pertua FFC, Saudara Abdul Hadi dan seterusnya ucapan yang dinantikan oleh para jemputan iaitu ucapan dari Farah Diana Anuar. Pada tahun lepas, ucapan Farah banyak menyentuh kepada kerjaya seninya dan juga sokongan peminat terhadapnya, tetapi pada tahun ini, Ucapan Farah banyak menyentuh kepada hubungan peminat dengan Farah sendiri (jangan disalahertikan) dan juga mengenai apa itu erti kunci kebebasan.

Acara seterusnya adalah acara memotong kek. Kek yang dibawa masuk dari luar dewan telah dibawa sendiri oleh Nurul yang mana ini adalah satu kejutan buat Farah. Terus terang dikatakan bahawa plan kami berjaya untuk membuat kejutan terhadap Farah.


Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Setelah selesai acara memotong kek, para hadirin telah dijemput untuk menjamu selera yang telah disediakan. Dalam masa yang sama juga, Para hadirin telah dihiburkan dengan tayanga video yang telah dibuat oleh saudari Nor Lizawati a.k.a Rockin bertajuk Journey, The Chronicles of Farah Diana yang mengandungi video-video esklusif dari awal pembabitan Farah dalam AF sehingga ke hari ini. Tahniah di atas hasil kerja yang boleh membuatkan Farah dan hadirin mengalirkan airmata.

Di majlis ini juga, Farah sempat menghiburkan para peminatnya dengan dendangan dua buah lagu yang dipetik dari album pertama Farah yang berjudul Mengejar Pelangi dan Antara Dua (feat. Hakeem). Selesai Farah menghiburkan peminatnya, sessi autograf dan bergambar beramai-ramai pun bermula. Majlis berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Terima kasih kepada Power Roots, Aura Seri dan Ginvera yang sudi menjadi penaja FARAH TURN 21 CELEBRATION. Insya Allah pada tahun hadapan, sokongan anda semua masih berterusan. Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Tahniah juga kepada AJK yang telah bertungkus lumus mengadakan majlis seperti ini.

Disini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sempat mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kat saya pada malam tu. Saya tak sangka pulak korang boleh wish kat saya beramai-ramai. Terima kasih buat FFC, Farah dan keluarga dan sesiapa sahaja yang kenal saya kerana selama ini anda semua telah membuatkan saya ni wujud di dalam masyarakat.

Untuk melihat gambar-gambar ekslusif, sila layari laman web Rockinxchange. Dibawa khas buat tatapan anda semua. Dan satu lagi, nantikan kemunculan VCD Farah Turn 21 Celebration yang akan muncul tidak lama lagi dengan kerjasama Kelab Peminat Farah, Malaysia (FFC) . Untuk tempahan awal VCD Farah Turn 21 Celebration, sila sertakan nama dan no. tel anda ke alamat email sr_creativemedia@yahoo.com dengan segera.

Sunday, January 22, 2006

Farah di tour ABP 2005 - 1 Utama

Farah sebagai salah seorang finalist ABP 2005 telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan tour yang dianjurkan sempena Anugerah Bintang Popular 2005 yang di adakan di Pusat membeli-belah One Utama pada 15 Januari 2006 yang lepas. Farah yang berada di situ sejak pukul 12 tengah hari lagi tetap menguntumkan senyuman manis.


Selain itu, 8TV juga sedang mengadakan mungkin showcase atau tour termasuklah beberapa stesen radio dan juga majalah. Selain Farah, beberapa finalist ABP 2005 seperti Pija dan Vince juga menghadirkan diri bagi menyokong dan mempromosikan ABP 2005.

Sayangnya, ramai peminat finalist2 ni yang tidak tahu akan kemunculan artis idola mereka. Saya perhatikan kebanyakkan artis ni lebih lama masa menunggu daripada melayan peminat mereka. Tahniah juga kepada krew sebuah akhbar harian kerana pandai melayan dan menguruskan keadaan agar tidak nampak kebosanan dan kekecewaan.

Apa-apa pun yang terjadi, ABP 2005 pasti akan gempak seperti Tsunami yang melanda lebih setahun yang lalu... samada baik atau buruk.. nantikan kemunculannya.




Pada masa yang sama juga, produk kecantikan SK-11 dengan dutanya tidak jemu2 untuk mempromosikan songket Malaysia dipersada seni dan juga dunia. Deanna Yusof, Fauziah Latif dan seorang lagi (sori tak ingat nama) telah sama-sama menjayakan roadshow tersebut.. Banyak perkara yang dibincangkan bersama dengan peminat dan juga pengamal kecantikan dari kalangan peminat mereka.

Dari soal penjagaan kulit muka dan tips kecantikan hinggalah kepada soal kedudukan songket di mata dunia, duta-duta ini tidak kering idea memberikan pandangan mereka. Syabas kepada semua yang terlibat. Semoga songket Malaysia akan terus diminati oleh segenap masyarakat dunia.

Saturday, December 31, 2005

Happy New Year...

Setahun sudah berlalu... tahun baru menjelma pula.

Apakah ertinya tahun baru?

Berbagai-bagai tafsiran/andaian yang kita dapat dari perkataan tersebut, cuma terpulang kepada individu masing2 untuk menghuraikannya.

Bagi aku, tiada apa yang istimewa sangat yang aku buat sepanjang tahun ni. Seperti biasa la... kerja, melancong, dok umah, balik kampung lepak & etc.

Dan seperti tahun-tahun yang sudah juga... sambutan malam tahun baru masih seperti dulu. Sepi, sunyi & sendiri. Layan blues beb.. Mungkin ada di antara kita yang bertuah macam aku juga... Tak payah nak peningkan kepala fikir tempat nak lepak2 malam tahun baru ni. Kat mana2 boleh layan...

Yang penting adalah:-

1. Renungkanlah apa yang telah kita buat sepanjang tahun ni.
2. Puas hatikah kita dengan pencapaian kita sepanjang tahun ni.
3. Fikirkanlah arah tuju haluan kita dalam tahun 2006.
4. dan yang lain-lain tu kena fikir lah sendiri.....

Aku masih ingat suatu ketika dulu, seorang sahabat telah menghantar warkah kat aku... Memang aku terharu... Aku siarkan warkah ini hanya untuk tatapan dan juga ingatan buat aku..


"Assalamualaikum salam sejahtera...

Mohon maaf terlebih dahulu jika mengganggu... minta maaf juga jika apa di yang disampaikan ini bakal menyentuh hati.
Untuk seketika saya renung sejenak apa yang berlaku pada xxxxx. Sejak mula kenal saya tahu dari segi agama xxxxx jauh lebih baik dan berpengalaman dari saya.
Dari segi percakapan, adab dan sifat murah hati yang ada pada xxxxx menunjukkan tersedia ada satu didikan yang amat indah suatu masa dulu.

Jatuh bangun kita dalam arus kehidupan berakhir dengan berbagai kesudahan....
Ada yang di bawa arus deras hingga tenggelam ke dasarnya...ada yang terus hanyut hingga selamanya masih tidak menemui daratan....ada yang hanya mampu berpaut pada sesuatu dan berenang-renang ketepian tanpa arah tujuan....

Tapi apa yang berlaku padamu wahai sahabatku xxxxx sesungguhnya kau telah mula nampak tanda-tanda adanya daratan dihadapanmu....ingatkah kau dengan daratan itu...disitulah tempat engkau bermula....dan disitu jua suatu masa dahulu kau pernah membuka pintu hatimu untuk seseorang....itulah daratan yang suatu masa dahulu kau bermandi dengan ilmu-ilmu Allah tuhanmu....kau senandungkan kalimah-kalimahnya dengan kemerduan suaramu....kau teguhkan solatmu dalam jamaah.. erat tergenggam berjabat tangan bersama guru dan sahabat-sahabatmu....

Kini didaratan itu juga tersedia bahtera indah yang pernah kau idamkan....ingatkah suatu masa dahulu kau begitu ingin melayari bahtera itu....agar kau dapat membawanya bersamamu walau ke laut mana sekalipun....Dia bagaikan bahtera....kau umpama nakhoda yang bakal menerajuinya....Bertahun lamanya...dengan izin Allah yang pengasih...bahtera mu....teguh tidak goyah... dipelabuhan itu....menanti mu....

Maka benarlah "Jika allah inginkan kebaikkan kepada hambanya maka ditemukan ia dengan perkara-perkara yang sukar dan pengakhirannya dengan sesuatu yang benar dan indah..dan jika Allah inginkan keburukkan kepada hambanya maka di biarkan ia dengan perkara-perkara yang senang lagi melalaikan dan pengakhirannya dengan kepayahan dan resah"

Oleh itu sahabatku takdirnya itu merupakan satu ujian disebaliknya ada sebuah penantian....Rupanya Allah ingin kau kembali rapat kepadanya dalam solatmu..dalam alunan zikir mu...dalam sendu alunan bacaan Al-Quran mu dan dihadirkan seorang wanita yang berilmu serta keluarganya yang amat mengenalimu.
Amalkanlah semula apa yang telah engkau dalami suatu masa dahulu lalu.
Jika dibumi dan didaratan ini dia sedang menantimu...nun dilangit yang tinggi di Arasyh yang agung yakinlah Allah juga sedang menantimu....

Pesanan ini juga ditujukan untuk diri saya sendiri....saya sendiri rasa bersalah menulis tentang ini tetapi kerana xxxxx adalah seorang sahabat bagi saya maka suara hati saya tidak berhenti menyatakan "khabarkanlah sesuatu padanya yang engkau tahu... dia sahabatmu..dia saudara islam mu"

Akhir kata...maaf jika ada yang menyentuh hatimu dan sebenarnya xxxxx, "darimu banyak perkara yang telah aku pelajari dan bakal akan aku pelajari...."


dan sehingga sekarang.. aku masih menyimpan warkah tersebut..

Buat teman-teman, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU... Semoga apa yang diimpikan akan tercapai, walaupun terdapat rintangan dan cabaran yang menghalang.

Thursday, December 15, 2005

:: Farah Turn 21st Celebration :: Sure Heboh :: NFD 2005 ::

Ni ada sikit info akan datang dan juga yang telah berlaku semenjak ketidakaktifan diri dalam dunia penulisan yang tak seberapa..(ayat macam merajuk jer ni.. Ahak!!) Terima kasih diucapkan kepada insan yang inginkan aku untuk meneruskan dunia penceritaan ni.. Masa memang cukup cuma susah sikit nak manage.

1. Farah Turn 21st Celebration

Farah Fan Club akan menganjurkan satu lagi program bersama Farah pada tahun hadapan sempena menyambut hari kelahiran beliau yang ke-21. Butiran adalah seperti berikut:

Venue : Crown Princess Hotel, KL
Date : 28 January 2005
Time : 8pm - 11pm
Theme : Pink & White

FFC Member - RM100
Non FFC Member - RM120
VIP Seats (to dine with Farah - 8 person only!) - RM150.

Sesiapa yang berminat dan ingin menyertai Farah Turn 21 Celebration, caranya adalah seperti berikut:-

a) bayaran hendaklah dibuat melalui bank-in ke akaun
164490032595 (Maybank) - Siti Yusma Binti Mustapha

b) setelah bayaran dibuat, email kami di events@farahfanclub.com bersama butiran berikut:
- nama penuh & username dalam web
- jumlah tempahan (ahli / bukan ahli)
- no ahli
- HP no untuk dihubungi
- tarikh, masa & jumlah yg di bank in
- seterusnya simpan bank-in slip sebagai tiket masuk anda dan bawa kad ahli anda bersama

c) tarikh tutup pembayaran adalah 7 January 2006...by hook or by crook!

p/s : pendaftaran & pembayaran tidak akan dilayan selepas tarikh tutup tersebut. Harap maklum.


2. Sure Heboh (Farah di Booth Power Roots)

Karnival Sure Heboh yang dianjurkan oleh TV3 kali ini adalah yang terakhir bagi tahun 2005. Karnival ini telah diadakan di Perkarangan Stadium Shah Alam pada 10-11 Disember 2005. Seperti kebiasaannya, Farah akan menyertai karnival tersebut untuk bersama2 dengan peminatnya di booth Power Roots. Farah berada di booth Power Roots pada 10 & 11 Disember 2005.

Koleksi gambar dan cerita selanjutnya akan diusahakan dalam masa yang terdekat, Insya Allah.

3. NIOSH Family Day 2005

Masa tengah suntuk, nanti aku sambung lagi... **EH!! kacau betul la...**

Monday, October 31, 2005

Malaysia... I am back!!!!

Alhamdulillah, Farah, Uncle Anuar, En. Baha dan Jaclyn Victor selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Oktober 2005 (Ahad) pukul 9.55 malam. Ketibaan mereka telah disambut oleh peminat dan keluarga masing-masing yang telah menunggu sejak pukul 9.00 malam.

Image hosted by Photobucket.com

:: Sain autograf bersama para peserta ::

Image hosted by Photobucket.com

:: Bersama sijil penyertaan ::

Beberapa wartawan seperti The Star dan 8TV juga telah menunggu kehadiran rombongan tersebut.

Tahniah buat Jaclyn Victor yang telah merangkul Juara Keseluruhan dan juga tahniah buat Farah yang telah menempatkan diri dalam barisan Top Ten New Excellent Singer. Memang telah saya dijangka bahawa Jaclyn memang layak untuk menerima gelaran tersebut. Pertandingan yang telah dijalankan pada 27-28 Oktober 2005 itu telah disertai oleh 76 peserta (Kalau tak silap saya) dari berbagai negara.

Image hosted by Photobucket.com

:: Jaclyn bergambar bersama rakan seperjuangan ::

Image hosted by Photobucket.com

:: Seantero dunia ::

Farah yang masih terasa kesejukan tetap ceria apabila keluar sahaja dari balai ketibaan. Begitu juga dengan Jaclyn, tetap ceria dengan baju ala-ala cheongsam berwarna pink.

Buat mereka berdua, tahniah diucapkan....

Untuk gambar2 ekslusif, layarilah fotopages Akak Canggish.

Friday, October 28, 2005

Shanghai... I am coming...

Alamak... aku tertinggal flight lagi kali ni... sama dengan member aku yang sorang ni..

Ni cerita tentang Farah yang telah dipilih oleh Shanghai Asia Music Festival untuk mewakili Malaysia bagi menyertai pertandingan Asia New Singer Competition (Pertandingan Penyanyi Baru Asia) yang diadakan di Shanghai pada 27 dan 28 Oktober 2005. Seorang lagi peserta yang mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut adalah Jaclyn Victor (juara MI1).

Image hosted by Photobucket.com

:: Farah bersama keluarga dan peminat di KLIA ::

Farah yang diiringi oleh Pengurus Artis Maestro Talent, Baha Azman Nor dan juga ayahandanya , En Anuar Ali telah berlepas ke Shanghai pada 25 Okober yang lalu kira-kira pukul 01.40 pagi dari KLIA. Turut hadir mengiringi pemergian Farah adalah ahli keluarganya, wakil dari Farah Fan Club, dan juga peminat-peminatnya yang selama ini menyokong beliau.

Ini adalah kali pertama Farah menyertai pertandingan di luar Negara berharap akan dapat menimba pengalaman baru dari pertandingan tersebut.

Image hosted by Photobucket.com

:: Farah ceria bersama keluarga ::

Sebagai seorang artis yang baru, pendedahan sebegini banyak memberi pengalaman yang tidak ternilai dalam diri seorang artis tersebut. Pendedahan diluar negara boleh memberikan peluang untuk menempa nama di peringkat asia khususnya dan antarabangsa amnya. Sambil bertukar-tukar pengalaman dan petua dengan artis luar, Farah boleh berbincang mengenai industri hiburan dengan rakan-rakan artis dari luar negara.

Ini diharap dapat memperkembangkan lagi industri hiburan dan industri muzik di Malaysia. Dengan pemergian Farah dan Jaclyn di pentas hiburan asia ini diharap akan dapat membuka mata para peminat dan penggiat muzik tanahair untuk memperkayakan dan memperkembangkan lagi industri ini di Malaysia. Dan, diharap mereka berdua dapat mengharumkan nama negara di peringkat asia dan juga antarabangsa.

Farah dijangka akan kembali ke Malaysia pada 30 Oktober ini pada pukul 9.40 malam. Diharap Farah dan Jaclyn dapat melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia.

Good Luck...

Wednesday, October 19, 2005

Birthday Wawa & Udin d'apom..

16 Oktober 2005 (Ahad) 11.35pm, Suasana riuh rendah di AH sebab ramai yang tengok bola sambil borak2 yang tak kosong. Sambil2 menonton perlawanan bolasepak kat Astro, tiba2 Akak Canggish datang dgn sue membawa khabar berita yang dia nak buat kejutan buat adik Farah (Udin & Wawa) untuk buat supprise birthday kat AH.

Tanpa membuang masa, diorang buat preparation utk majlis tersebut yang seadanya. Tanpa 'proper planning'.. maka kelam kabut juga la jawabnya... Dengan tidak semana2.. Abang Yan n d'gang dengan kreatifnya cuba membuat sesuatu yang berkesan iaitu membuat live performance kat AH berduo dengan RosmanPositivo menggunakan gitar akaustik dan keyboard.

Image hosted by Photobucket.com

:: Kek harijadi buat mu ::

Image hosted by Photobucket.com

:: Pelayan import dari JB ::

Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan... masa yang dirancang kurang menyebelahi pihak kami yang mana masa tu family Farah berada di sebuah majlis disekitar KL. Setelah mendapat confirmation daripada uncle Anuar yang mereka sekeluarga akan pergi ke AH walaupun lewat sikit maka kami kembali ceria sambil mengunyah kepok ikan yang didatangkan khas dari Terengganu yang telah dibawa oleh peminat Farah, Nieyja.


Image hosted by Photobucket.com

:: Birthday boy & Girl ::

Image hosted by Photobucket.com

:: Tak sabar nak tunggu 25 Januari ::

Oleh kerana terlalu lama menunggu maka Abang Yan n family telah keluar makan kat luar sebab telah berjanji dengan seseorang. Kami yang masih berada di Ah tetap menunggu sambil menonton astro.

Dalam pukul 3am, barulah kelibat Uncle Anuar dan family sampai kat AH... Actually majlis kecil-kecilan ni adalah gabungan untuk birthday Udin dan Wawa yang mana jarak kelahirannya dalam masa seminggu sahaja.

Walaupun kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan gelagat empat beradik yang sering mengeringkan gusi apabila berkumpul.

Pada Udin dan Wawa... Happy Birthday, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Untuk gambar ekslusif, layarilah fotopage Akak Canggish dan Rajapelaut.

Saturday, October 15, 2005

Ramadhan Rendez-vous avec Farah et FFC - Akhirnya....

14 Oktober 2005 adalah tarikh dimana majlis berbuka puasa bersama Farah dan ahli Farah Fan Club. Satu majlis yang ditunggu2 oleh peminat Farah setiap tahun selain beberapa majlis lain yang sering dinanti2kan oleh peminatnya. Majlis yang bermula sejak tahun lepas ini adalah satu acara yang dianjurkan oleh FFC setiap tahun dan dihadiri dari segenap lapisan masyarakat tak kira tua dan muda. Beberapa wartawan dan juga blogger telah dijemput tetapi sebahagiannya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tertentu. Antara yang hadir adalah wakil wartawan dari kumpulan Karangkraf dan juga blogger seperti RosmanPositivo.


Image hosted by Photobucket.com
:: Farah bersama keluarga ::
Image hosted by Photobucket.com
:: Pakcik Anuar bersama AJK penganjur ::

Majlis yang dihadiri oleh Farah dan keluarga ini telah dihadiri oleh peminatnya seramai lebih dari 80 orang. Majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda telah bermula pada pukul 6.00 petang. Farah dan keluarganya telah tiba di dewan pada pukul 6.30 petang. Tema pula seperti biasa....simple dan bersantai. Mudah untuk beramah mesra dan mudah untuk berkenal-kenalan walaupun sememangnya sudah ramai yang dah kenal.

Majlis yang dimulakan dengan acara berbuka puasa dan seterusnya menunaikan sembahyang Maghrib di surau yang telah disediakan. Selepas tu, majlis diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu sessi beramah mesra.

Walaupun dewan tersebut dikongsi oleh beribu-ribu umat islam yang berbuka puasa tetapi kemeriahan majlis masih terserlah. Mungkin pemilihan lokasi meja yang berada di tepi Pentas Utama menyumbang kemeriahan tersebut. Antara aturcara yang telah diaturkan adalah majlis beramah mesra bersama peminat yang mana Farah akan ke setiap meja peminat-peminatnya untuk menandatangai cenderahati yang telah disediakan oleh FFC khas buat peminat-peminatnya. Cenderahati yang diberikan adalah berupa kad Hari Raya, gambar poskad dan sebuah gelas yang dhiasi gambar farah.


Image hosted by Photobucket.com
:: Adik Farah bersama Si Comel ::
Image hosted by Photobucket.com
:: Farah sedang menandatangi cenderahati peminatnya ::
Image hosted by Photobucket.com
:: Orang yang bertungkus-lumus merealisasikan majlis ini ::
Bagi Farah dan keluarga serta warga FFC mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di majlis berbuka puasa ini. FFC dan Farah menyeru kepada semua peminatnya agar terus menyokong kerjaya seni Farah. Tidak lupa juga, 3F (Farah, Family & FFC) mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Tunggu kemunculan Farah di tempat anda... Untuk gambar-gambar ekslusif... sila klik link fotopage rajapelaut, RosmanPositivo & Akak Canggish

Sunday, October 09, 2005

Berbuka puasa di AH

Aku memang rindukan berbuka puasa kat Desa Pandan (DP). Kenangan tahun lepas memang aku tak dapat lupakan. Aku yang berada di Bangi, setiap lepas kerja jer, terus pergi ke DP. Sampai jer kat DP, aku akan buat keje aku dulu (buat editing video)... & setengah jam sebelum buka puasa, aku & rakan2 yang lain akan pergi ke pasar ramadhan (kat bawah ofis jer) untuk memilih juadah berbuka puasa.

Selalunya kami akan berbuka puasa dalam lingkungan 6-8 orang. Memang ceria dan meriah masa tu.. Kadang2 tu, pagi esok baru aku balik ke Bangi.. aku tido kat DP. Pakaian aku memang dah siap dah kat DP tu... Aku rasa, adalah dalam 3-5 orang yang pakaian mereka memang tersimpan kat DP (termasuk la aku).

Kebiasaannya, lepas berbuka, kami akan rehat2 sambil berbincang tentang apa2 sahaja masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian. Dalam pukul 12-1 tgh malam tu, kadang2... pakcik n anak dier akan datang menjenguk kami kat DP. Kalau dier dah datang... sure akan sampai kul 2-3 pagi la lepak kat kedai mamak.

Setakat ni, aku masih menanti satu kejutan yang mana kebanyakkan daripada mereka akan berkumpul semula dan mengimbas nostalgia ketika berada di DP.

Tapi itu tahun lepas..... tahun ni, semenjak motor aku rosak. Aku jarang pegi ker DP (sekarang ni dah pindah ke Angsana Hilir (AH)). Cuma sehari dua ni aku dah mula berkecimpung balik dengan AH ni sebab MOTOR AKU DAH OK.... tu yang aku boleh berbuka dengan kawan2 kat AH.

Minggu depan adalah Majlis berbuka bersama dengan Farah jadi, aku harap adalah sesiapa yang membaca blog ni yang akan berjumpa aku kat sana (Dewan Felda). So, Jumpa je la kat sana...

Tuesday, October 04, 2005

Pertandingan Karaoke

Minggu lepas (30 Sept - 1 Okt 2005), Puspanita telah menganjurkan satu Karnival yang diadakan di sebuah Institusi di Bandar Baru Bangi. Salah satu acara yang diadakan adalah Pertandingan Karaoke yang mana terdapat 20 peserta telah mengambil bahagian. Daripada 20 peserta ni, hanya 2 orang peserta perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Pertandingan ini telah dibuat selama dua hari iaitu hari pertama adalah untuk peringkat saringan dan peringkat akhir di adakan pada hari kedua.

Selepas ditapis oleh juri2 yang berpengalaman, hanya tinggal 10 orang sahaja yang akan berentap di peringkat akhir. Juri untuk peringkat akhir ni adalah Man (Kumpulan Mega), Shah Farid Zin (Pelakon) dan Haizi (Penyanyi).

Copyright by RajapelautCopyright by Rajapelaut

:: Diantara peserta pertandingan Karaoke ::

Para peserta kebanyakkannya memilih lagu2 lama spt lagu Azura (Jamal Abdillah), Perigi Biru, Sendiri, dan Teratai.

Mengikut komen daripada juri, peserta kebanyakkannya telah melakukan apa yang mereka patut lakukan dan persembahkan.

Copyright by Rajapelaut

:: Tiupan Trumpet dari En. Othman Halim diiringi lagu Getaran Jiwa ::

Copyright by Rajapelaut

:: Peserta bersama juri sebagai kenangan ::

Kepada pemenang-pemenang, tahniah diucapkan.. dan kepada yang tidak menang, cuba lagi di tahun depan.. ruang masih terbuka untuk anda semua.

Untuk gambar-gambar eksklusif, sila layari My Fotopages

Friday, September 23, 2005

Apartment untuk dijual

Ni nak buat iklan sikit tentang apartment yang hendak dijual. Apartment ni terletak kat kawasan perumahan Equine Park, Seri Kembangan, Selangor D. E. Terletak di tingkat atas sekali.

Image hosted by Photobucket.com


:: Pandangan dari sudut hadapan ::


Lokasi :
Jalan Putra Permai 2, Putra Permai
Seri Kembangan, Selangor D. E

Berhampiran dengan Pasar Borong Selangor, Balai Polis, Stesen Minyak Petronas, Putrajaya, Cyberjaya, Uniten, Ikram, MMU, UPM dan UKM. Kemudahan lebuhraya yang menghubungkan Puchong, Subang Jaya, Kajang, Seremban dan Kuala Lumpur.

Spesifikasi :

Keluasan : 1,118 sq.ft
4 bilik tidur
3 bilik air
Jeriji besi siap pasang
Tinted window
Lantai 'Broken Marble'

Harga :RM 125,000.00

Kepada yang berminat, sila hubungi:

Rajap di talian 019-373 1759 untuk temujanji anda.

Tuesday, September 20, 2005

Ramadhan Rendez-vous avec Farah et FFC



Assalamualaikum w.b.t

Farah Fan Club, Malaysia akan menganjurkan Ramadhan Rendez-vous With Farah & FFC. Ini merupakan sebuah majlis berbuka puasa dan beramah mesra Farah bersama peminat2. Majlis bakal diadakan di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak pada 14 Oktober, 2005 (Jumaat) bersamaan 11 Ramadhan 1426 Hijrah.

Tempat adalah terhad (70 orang sahaja) dan terbuka kepada semua peminat2 Farah. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

Ahli FFC - RM45
Bukan ahli FFC - RM55
Kanak2 berumur 12 tahun ke bawah (ahli / bukan ahli) - RM25.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin menyertai majlis ini, cara-caranya adalah seperti berikut:-

1) bayaran hendaklah dibuat melalui bank-in ke akaun
164490032595 (Maybank) - Siti Yusma Binti Mustapha

2) setelah bayaran dibuat, pergi ke ruangan Comment dan isikan butiran berikut:
- nama penuh & username dalam web
- jumlah tempahan (ahli / bukan ahli)
- no ahli
- HP no untuk dihubungi
- tarikh, masa & jumlah yg di bank in
- seterusnya simpan bank-in slip sebagai tiket masuk anda dan bawa
kad ahli anda bersama

Tarikh tutup tempahan & bayaran ialah pada 5 Oktober 2005

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan comments.

Peta ke lokasi Ramadhan Rendezvous



Untuk keterangan lanjut, Sila layari www.farahfanclub.com

Sunday, August 07, 2005

Konsert Final Akademi Fantasia 3

Tahniah kepada para pemenang... MAWI, FELIX, AMYLEA DAN MARSHA.

Bukan nak menentang atau memperkecil2kan para pengundi. Walaupun bagi aku MAWI bukan termasuk dalam senarai finalis aku, tapi dengan persembahan yang telah dilakukan oleh MAWI di malam Konsert Akhir Akademi Fantasia 3 yang lepas, aku bersetuju dengan kemenangan MAWI. Ada yang kata bahawa Felix akan menjadi juara (Aku x mengharap sangat felix menjadi juara), tapi ada juga yang kata AMYLEA akan memecahkan rekod kemenangan yang telah digondoli oleh kaum ADAM ni.. Tapi hakikatnya rekod masih belum dipecahkan lagi.. Tapi apa pun cakap orang, keputusan sudah ada.. kita dah tahu siapa pemenangnya. Kita kena berpuas hati atas apa yang telah kita lakukan selama ini. Sebagai pengundi, kita hak kita... dan mereka sebagai idola kita, diharap mereka tahu apakah hak mereka terhadap kita.

MAWI MENGGONDOL SEMUA ANUGERAH.

Itu aku tak boleh nak komen sangat.. Bagi aku, ada pro dan kontra. Walaubagaimanapun, terpulang pada masing2, apa anggapan/pandangan korang tentang AFBAIK dan AFVOKAL ni. Kalau kita berpandukan kepada semua konsert (dari konsert ke-2 hingga 10), mungkin bagi aku MAWI tidak layak untuk menerima anugerah tersebut (AFVOKAL). Tapi kalau berpandukan kepada Konsert 8-10, MAWI ada harapan menjadi pilihan aku bagi kategori ni.

Bagi kategori AFBAIK (Persembahan terbaik), AMYLEA dan MAWI adalah pilihan aku. Aku tidak terkilan sekiranya MAWI yang memenangi anugerah tersebut kerana MAWI telah membuktikan bahawa popularitinya tidak hanya tersandar pada dirinya sahaja tetapi dia telah membuktikan bahawa kemenangannya itu telah dibuktikan dengan gaya persembahannya yang bagi aku, ianya adalah yang terbaik.

Secara keseluruhan, boleh aku katakan bahawa, MAWI dan AMYLEA adalah penyeri di dalam Akademi Fantasia.. Mereka berdua telah menebus segala kekurangan yang terdapat di Akademi Fantasia 3. Tanpa mereka ni, mungkin maruah AF3 telah tercemar...

Tahniah buat mereka berdua (MAWI dan AMYLEA).. dan juga tahniah juga buat MARSHA dan FELIX kerana telah menceriakan malam2 kami di minggu2 terakhir Akademi Fantasia 3.

Kepada seluruh peminat Akademi Fantasia, terima kasih kerana menyokong AF selama ini..

note: gambar nanti aku upload kat sini.

Tuesday, July 26, 2005

Penggambaran serta sewaan sistem lampu dan sistem suara..

Image hosted by Photobucket.com


Anda inginkan kemeriahan dimajlis persandingan anda bersama keluarga dan teman-teman? Meriahkan majlis anda dengan kemerduan suara dari penyanyi-penyanyi veteran.. yang penuh dengan nostalgia. Rakamkan majlis persandingan anda untuk tatapan anak-anak dan cucu di masa hadapan.

Disini....

Kami menawarkan pakej sewaan peralatan audio visual dan sistem suara (sound system)/karaoke set untuk majlis-majlis keraian.

Kami juga menawarkan sewaan bagi sistem lampu pentas bagi menyemarakkan lagi majlis anda.

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi Rajap di talian 012 2244430.

Tempahlah sekarang!!!

Monday, July 11, 2005

Buah hati ditinggalkan... kesian..

Tengok tajuk jer dah jadi seram sejuk...

Sori la, lama tak update. cian blog aku, bersawang tak dikemaskinikan. bukan apa, sekarang ni aku tgh buat sesuatu yang boleh memajukan diri aku. Aku tak nak la aku dulu.. kini.. dan selamanya.. takat takuk yang lama gak... nak la ada pembaharuan.. kalau tak banyak pun, sikit jadi la... pelan2 kayuh beb!!!

Nanti la aku update apa2 yang patut..

Hah!!! ni nak bagi tau sikit, kalau ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan sound system ker... nak videographer ker... jgn segan silu contact aku.. Insya Allah aku akan usahakan untuk korang..

Adios..

Thursday, June 30, 2005

COSH 2005 - Synergising OSH for Business Competitiveness

Tak tau la kenapa hari ni aku cuba sesuatu yang baru.. aku cuba selitkan tentang conference yang aku hadiri kat PWTC. Tapi lantak korang la kan nak kata apa... janji aku tulis apa yang aku nak tulis. korang baca jer kan...

Image hosted by Photobucket.com


Pada 28-29 Jun 2005 (semalam la), aku ada kat conference & exhibition yang dianjurkan oleh NIOSH & diadakan kat PWTC. Kalau nak kata berbaloi tu.. aku rasa berbaloi la kalau korang pegi.. apa taknya... makan sedap.. kerusi boleh la tahan.. buat kat Dewan Merdeka lak tu.. aku rasa macam pegi kat Majlis Anugerah AIM jer.. kalau tak pun, macam pegi kat Majlis Perhimpunan Agung UMNO jer..

Tema untuk conference & exhibition untuk tahun ni "Synergising OSH for Bussiness Competitiveness". Tahun lepas NIOSH pilih tema "Behavioural Change Towards OSH Excellence". Kertas2 yang dibentangkan tahun ni banyak kepada permasalahan yang berkaitan dengan Occupational Safety & Health (OSH) di Malaysia. Berbeza dengan tahun lepas, kebanyakkannya kertas2 yang dibentangkan berkaitan dengan permasalahan OSH di luar negara (ada yang tak suka beb!!).

Kertas2 yang dibentangkan merangkumi isu2 yang berkaitan dengan Ergonomics, Workers Behavior, Bussiness competitive in OSH, Smoking in Workplace, Occupational Health, Occupational Safety, Safety culture & banyak lagi isu2 yang lain. Bagi yang tidak pernah mendengar tentang OSH, bagi aku, ini titik permulaan untuk mengenal apa dia OSH. Bagi yang biasa dengan isu2 OSH di Malaysia, aku rasa ia bagus untuk menambah dan menimba ilmu daripada orang yang lebih arif. Kawan2 pun ramai...

Untuk exhibition.. banyak gak public sector yang mengambil bahagian dalam exhibition. Tak kurang juga penyertaan dari private sector. Bagi aku yang paling seronok bila exhibitor bagi souvenior... itu yang aku paling tunggu2.. (Benda free beb, siapa tak nak!!!)

Bagi aku la kan... COSH 2005 adalah COSH yang ada sentimental value bagi aku. Walaupun aku dah involve dalam 5 COSH setakat ni.. aku rasa ini yang paling bermakna. Banyak pengalaman yang aku dapat dari COSH 2005 ni... kalau korang nak tau apa dia... tahun depan korang masuk la... korang akan tau gak nanti..

Ahakahakahak!!! ok la.. aku pun tengah selsema ni... kepala pun dah berdenyut2.. sure balik ni.. terus zzzzzzzzzzzzzzzz..

Adios..

Sunday, June 26, 2005

Penyingkiran My Finalist - Idayu

Image hosted by Photobucket.com

::Nor Farah Idayu.::

Arghhhhh!!!! perasaan geram... marah... kecewa... bengang... terkilan... sedih dan bermacam2 lagi perasaan yang aku rasa apabila pengumuman penyingkiran seorang pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-3 minggu yang ke-4. Idayu adalah salah seorang dari senarai finalis aku.. aku nampak bakat yang dia ada.. (walaupun sesetengah orang akan kondem aku sbb kenyataan aku ni). Bagi aku, kalau bakat sebagai penyanyi yang dicari... Idayu adalah salah seorang daripadanya. Aku tak tau mana silapnya.... samada ini silap Idayu.... atau silap pengkritik... atau silap pengundi... tapi yang pasti, Idayu dah terkeluar. Redha....

Aku tau, ini adalah program realiti yang 100% keputusan ditangan pengundi. Tapi aku rasa kurang adil la kalau kita mengundi hanya bersandarkan semata2 kita minat kepada seseorang. Aku tau, kita minat atau menyokong seseorang pelajar kerana beberapa sebab.. dan hanya korang sahaja yang tau apa sebabnya... Aku pun ada sebab kenapa aku meminati Idayu. Program ni adalah program untuk mencari bakat sebagai penyanyi dan bukannya program mencari orang yang paling sopan santun atau orang yang paling cantik atau seorang pelawak dan sebagainya... INGAT.... program ni untuk mencari bakat sebagai seorang penyanyi... diulangi sekali lagi... bakat sebagai seorang PENYANYI.

Tapi... ialah... keputusan ditangan pengundi.. Hanya pengundi yang layak untuk menentukan pelajar mana yang sesuai untuk bertahan hingga ke minggu akhir.. Teruskan usaha anda sebagai pengundi. Aku ada beberapa sebab yang memungkinkan Idayu keluar pada minggu ini... dan kenapa Idayu harus tetap berada di Akademi Fantasia... tapi biarlah aku sahaja yang tahu...

Ok, back to the concert... setakat konsert Akademi Fantasia yang ke-4 ni, aku rasa konsert kali ni adalah konsert yang aku rasa paling bagus diantara konsert2 AF3 yang lain. Bagi aku, pelajar2 AF sudah pandai mematangkan diri mereka untuk menghayati lagu mereka, pandai berperasaan dan juga boleh berkelakuan dan berperangai sebagai seorang yang akan dianggap sebagai seorang idol atau bintang di masa akan datang. Syabas.....

Aku tak nak komen tentang persembahan mereka secara detail.. cuma bagi aku, untuk konsert minggu ke-4 ni.. aku kurang berpuashati dengan persembahan Kefli, Ekin (walaupun aku minat dengan Ekin) dan Aidil. Untuk pelajar2 yang lain, aku rasa terhibur. "ko tak rasa puashati ker dengan persembahan mereka???". Aku berpuashati dengan keadaan mereka yang baru 3-4 minggu berlatih dan belajar... tapi aku akan meminta lebih dari apa yang mereka persembahkan semalam untuk konsert2 yang akan datang. Itu yang aku harapkan...

Apa2 pun, ni list pelajar & lagu yang mereka persembahkan semalam.

AMY - Bilang Saja (Agnes Monica)
YAZER - Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
AKMA - L.O.V.E (Natalie Cole)
KEFLI - Seksa (Ukays)
MARSHA - Tunggu Sekejap (Allahyarham P. Ramlee)
FELIX - Semut Merah (Meggy Z)
REZA - Senandung Semalam (Jamal Abdillah)
EKIN - Antara Dua (Farah)
IDAYU - Tiada Lagi Tangisan (Aishah - Misha Omar)
AMYLEA - Don't Know Why (Norah Jones)
AIDIL - Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy & Martin)
MAWI - Nou'r El Ain (Amr Diab)

Secara keseluruhan, much better than before..... Good Luck to u all..

dan jangan lupa untuk datang beramai2 ke Dataran Putrajaya, Putrajaya untuk menyaksikan Konsert Akademi Fantasia minggu yang ke-5 pada 2 Julai 2005 nanti..

Saturday, June 18, 2005

Happy Father's Day

Selamat Hari Bapa.. Happy Father's Day.... itulah ungkapan yang selalu kita dengar dari mulut seorang anak kepada ayahnya dan seorang isteri kepada suaminya.

Tapi apa yang aku dapat adalah... berita tentang seorang ayah yang terlantar sakit.. actually aku mendapat tahu yg ayah aku masuk hospital dua hari lepas... tengah malam.. dalam kul 12 tgh malam. so, esoknya aku terus booking tiket balik kampung.. n sekarang ni aku tgh kat airport, tgh tunggu adik aku yang nak jadi cikgu tu ke sebuah pulau kerana dia ditempatkan di pulau tu untuk latihan mengajar. Jadi, selama dia sakit n aku tiada... adik aku ni la yang jaga n hantar ayah aku gi hospital. Sekarang dia dah takde.. nasib baik aku balik kg... ada juga yg jaga ayah aku..

Tahun ni mmg aku ada plan utk ayah aku sempena Hari Bapa ni... Baru nak plan yang baik punyer plan utk hari bapa... tertiba jer dapat berita yang mengejutkan.. tapi bukan plan utk aku.. tapi plan utk ayah aku la.. apa2 hal pun.. ada hikmahnya.. yang penting aku dah balik tanpa dirancang, semata2 untuk bertemu dan bersama2 dengan ayah aku khas untuk Hari Bapa.. Kalau bukan kerana mendapat berita ni, maybe aku tak bersama dengan ayah aku masa ni.. mungkin aku kat KL tengah merewang atau tgh dok ofis untuk mengisi masa lapang aku.

Buat teman2 sekalian.. sempena Hari Bapa ni, aku berpesan termasuk diri aku sendiri... luangkan lah masa untuk orang yang tersayang walaupun sekejap sementara mereka masih ada.. mungkin sekarang korang tak rasa.. tapi aku yakin suatu hari nanti korang akan tercari2 mereka... dan Alhamdulillah sekarang ni ayah aku masih ada dan aku masih bersama mereka...

Monday, June 13, 2005

Penyingkiran Elliza.. Adakah satu hikmah atau sebaliknya..

Aku terkejut... tiba2 jer Elliza dipeluk oleh rakan2 seperjuangannya.. dalam hati aku.. "Aiks, elliza ke keluar?" Memang betul.. Elliza keluar. Aku menghitung2 apa sebabnya Elliza terkeluar diminggu yang kedua.. dan sebagai pelajar yang pertama terkeluar dari Akademi Fantasia.

Cuba korang renung2kan... kenapa dia yang terpilih? Aku bukan pro or anti Elliza tapi sekadar pemerhati dari jauh. Aku rasa (yang aku rasa tau.. bukan korang) ada hikmahnya Elliza keluar awal. Salah satunya adalah mungkin kalau lebih lama Elliza berada di Akademi, makin ramai lah orang yang akan membencinya.. (mungkin)..

Image hosted by Photobucket.com
sumber foto: Astro

:: Elliza ketika beraksi di konsert AF ke-2 ::

Kemungkinan yang lain adalah ...... rezeki untuk Elliza terbuka awal di luar Akademi.. sementara rakan2nya yang lain masih berada di dalam kurungan.

Tapi ingat... walaupun ada kelebihannya menjadi pelajar terawal yang terkeluar.. keburukannya still ada.. Elliza kecundang sebelum berpeluh di medan peperangan.. Dia rugi kerana tidak dapat mengaut segala ilmu yang tersedia di dalam Akademi. Walaupun Elliza boleh belajar diluar, tetapi cara pendekatan dan pengajaran tidak akan sama walaupun dari guru yang sama..

... dan yang pasti, kerugian peluang untuk mendapatkan/memiliki sebuah kereta dan sebuah apartment yang mana kalau sesiapa yang berjaya menambat hati Elliza... "cuci kaki la korang"...

Bagi aku keluar awal, kedua atau seterusnya... tetap sama.... cuma harapanku agar mereka yang telah terkeluar tu pandai membawa diri... pandai menghargai peminat.

Good luck....

Saturday, June 11, 2005

First Expression is Not Always Right

Semalam (Jumaat) start kul 20.00 sampai la kul 00.15, aku ada job kat sebuah Yayasan di Jalan Ampang.. Biasalah kalau bukan video shooting, dah tentulah jadi 'juruaudio' untuk majlis yang dianjurkan oleh Yayasan tersebut bagi meraikan kemenangan mereka dalam kejohanan sukan antara yayasan diseluruh Malaysia.

Betul kata pepatah inggeris.. "First expression is not always right". Mereka2 yang datang di dalam majlis tersebut adalah golongan yang boleh dikatakan pemuda menuju ke petua. Dari segi personaliti dan cara bergaul, bagi aku biasa... tiada yang luar bias..

Apabila kami membuka peluang untuk mereka berkaraoke. Dari sambutan yang diterima, memang berbaloi la klu diadakan majlis tersebut. Mereka tidak membuang masa langsung.. terus pilih lagu.. dan apa yang menarik bagi aku adalah .... suara mereka memang superb... tak tau la mereka ni memang kaki karaoke ker atau memang "born to stage" atau luck diorg malam tu nyanyi mengalahkan artis asal.. bukan seorang dua, tapi ramai yang macam tu.. Seperti Kudsia Kahar pernah kata kepada seorang student Akademi Fantasia 2, tone tu (kebanyakkannya) hanya boleh didapati di sebuah negeri sahaja di malaysia ni... dan itu lah tone yang aku dengar semalam..

Aku tulis ni bukan sebab aku nak memuji diorg pun (kalau tak puji, apa lagi namanya tu??) tapi aku tak terfikir dengan usia, asal dan personaliti mereka, mereka boleh dikatakan berbakat dalam nyanyian dan menjadi seorang penghibur. Apa2 je la... janji aku seronok melihat gelagat mereka dan mendengar suara mereka..
ok... Adios..

Saturday, June 04, 2005

Review Album ANTARA DUA ~ Farah

Image hosted by Photobucket.com



Kulit album ni diambik dari Komputer Rosmanpositivo (Thanks Che Ros)


Sabtu yang membosankan bagi aku, tak banyak benda yang aku buat dari pagi tadi hinggalah sekarang. Tapi entah macamana aku terfikir lak nak komen sikit tentang album sulung Farah yang berjudul ANTARA DUA. Aku bukan seorang pengkritik professional tapi ni adalah datang dari hasil kajian aku sendiri la (Takde kene mengena dengan orang lain). Komen ni keluar dari isi hati aku setelah mendengar lagu2 yang terdapat di dalam album Farah. Itu pun depends on halwa telinga aku gak, bukan dari orang lain.

Track 01~Jalan Terakhir
Tajuk lagu ni seolah2 tajuk lagu Allahyarham Sudirman SALAM TERAKHIR. Muzik yang perlahan dan begitu sesuai didengar ketika nak masuk tidur. Lagu berkisarkan dua orang insan yang ingin membina mahligai bahagia tetapi kecundang di tengah jalan. Muzik arrangement lebih kurang seperti arrangement lagu TDK.

Track 02~Antara Dua
Lagu ni dah berkumandang di corong radio sebelum album farah diedarkan lagi. Lagu yang rancak dan kaki anda boleh bergoyang mengikut rentak. Mengisahkan seorang insan yang mempunyai dua hati dan tak tau nak pilih yang mana satu idaman kalbu. Risik2 lah Farah kalau nak tahu siapa diANTARA DUA tu..

Track 03~Usah Kau Berpaling
Satu lagi lagu sedih dan mendayu-dayu yang terdapat dalam album ni. Intro lagu ni seolah2 intro lagu Ziana Zain.. Susah gak nak bagi komen.. tapi best didengar pabila malam menjelma.

Track 04~Menari Bersamaku
Salah satu lagu yang aku minat. Rentak yang rancak. Bila aku dengar lagu ni... tak sah kalau kepala aku tak goyang2. Tapi part yang aku paling minat dan tunggu2 adalah part yang akhir tu... kalau korang nak tau... cuba2 lah dengar ok...

Track 05~Tangisan Dalam Kerinduan
Lagu yang memperkenalkan Farah dalam dunia artis. Lagu yang dipertaruhkan semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 2. Tak perlu aku bagi komentar. Korang semua dah hafal dah lagu ni.

Track 06~Mengejar Pelangi
Lagu kedua yang aku minat dalam album ni. Rentaknya yang rancak dan ada unsur2 Rock. Pada sesiapa yang pernah pergi ke Showcase Farah di Safari Lagoon, lagu ni adalah antara lagu2 yang didendangkan semasa berlangsungnya showcase tersebut. Dan itulah kali pertama aku dengar lagu ni. Seperti kata Aznil.. "Bukan senang nak jatuh cinta pada lagu yang baru kali pertama anda dengar, tapi saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini"..dan begitu juga dengan aku... Aku jatuh cinta pandang pertama dengan lagu ni.

Track 07~Milikmu Sepenuhnya
Lagu yang berentak slow, sama seperti lagu Jalan Terakhir dan juga Usah Kau Berpaling. Lagu2 yang berentak demikian banyak menguji kebolehan vokal Farah dari low tone hinggalah ke high tone.

Track 08~ Mengapa,... Janji Manismu
Lagu yang Farah dendangkan semasa konsert minggu ke-3 dan ke-9 ini yang telah menyeret aku untuk meminati Farah. Lagu mengapa yang telah meremangkan bulu roma aku (ada bulu roma ker??) semasa tengah menonton konsert tersebut. Lagu Mengapa dan Janji Manismu ini telah di'MEDLEY'kan dalam album ni. Arrangement lagu yang telah disusun semula oleh Adnan Abu Hassan ini akan mengimbas kembali nostalgia kita ketika Farah berada di Akademi Fantasia.

So, bagi korang yang nak tau lebih lanjut tentang apa isi kandungan album Farah ni.. korang belilah sendiri ok... bagi aku... aku akan bagi Image hosted by Photobucket.com untuk album ini.

Wednesday, June 01, 2005

Album Sulung Farah di pasaran ~ Dapatkan Segera

Image hosted by Photobucket.com


Aku hairan... semalam banyak sangat sms yang aku terima bertanyakan tentang album farah ni.. aku blur kejap, "kenapa ramai sgt yg tanya aku ttg album farah hari ni???" Rupa2nya.. album farah dah ada di pasaran dah...

Memang dah lama aku tunggu album farah ni, sejak aku kenal dia sehinggalah sekarang, memang salah satu yang aku tunggu adalah albumnya. Dan hari ni adalah hari yg ditunggu2 kerana album farah yang berjudul "ANTARA DUA" telah berada dipasaran.

Lagu2nya boleh tahan... boleh layan beb.. tp klu nak tau halwa telinga tu sedap ker tak, dengar la sendiri..

First time aku dengar lagu farah adalah pada pukul 6 pagi di Radio Era. Masa tu aku tengah dengar radio tetapi aku tak tau la lagu apa yang dimainkan oleh DJ. Tetiba jer Sue Larkin telefon aku, dia suruh aku dengar Era sebab lagu Farah sedang berkumandang di radio. Masa tu, ERA sedang memainkan lagu ANTARA DUA. Mula-mula konfius gak sebab suara tu bukan suara farah, tetapi jika korang amati betul2, korang akan tau bahawa itu adalah suara farah.

Image hosted by Photobucket.com


Hah!!! yang ni posing maut farah semasa berada di Gold Coast, Australia baru2 ni.. Poskad ni anda boleh dapatkan dengan membeli album farah melalui Farah Fan Club. Sila lawati FarahFanClub untuk maklumat lanjut. Poskad ni siap ada tandatangan farah yang original lagi.


Dapatkan segera!!! Sementara stok masih ada..

Monday, May 30, 2005

Hujung minggu kat Genting

Pergh... minggu ni la masa yg aku rasa sunyi sangat. Tanpa HP, tanpa PC dan tanpa kaum keluarga. Dari 27 - 29 Mei 2005, aku pergi Genting utk menghadiri kursus motivasi (macam tau2 jer boss aku tu yg aku ni dah kurang bermotivasi). Aku rasa program ni elok juga sebab dah lama sangat kan kerja jer.. sesekali pegi juga berjalan2 ke tempat lain. Actually, aku ni dah selalu dah pergi genting tu, cuma kali ni lain sikit. Biasa pegi jalan2 jer, tapi kali ni pegi sebab kursus. Walaupun kursus, aku sempat gak jalan2 pada hari sabtu yang lepas tu, aku sempat la juga meluangkan masa lepak2 dengan member2 (officemate) kat stesen Skyway tu.

Image hosted by Photobucket.com


::Dari kiri: Aku, Fiza, Ridwan, Farah::


Image hosted by Photobucket.com


::Dari kiri: Fiza, Intan, Aku::


Mula2 hajat tu nak lepak2 kat stesen tu jer.. so, kira ok la. Tetiba jer tgk masa banyak lagi so kami berlima (2 lelaki, 3 perempuan) sebulat suara nak naik ke atas guna Skyway. Lepas beli tiket, kami dah tak sabar2 dah nak naik, terus menuju ke tingkat atas. Mula2 naik tu mmg seronok. Lepas satu tiang ke satu tiang rasa teruja lagi hinggalah sampai ke satu ketika Gondola tu turun menjunam (still melekat kat rail lagi la... tak jatuh pun) rasa macam nak terkeluar anak tekak.. gayat beb.. 3 orang perempuan tu nampak rileks lagi.. siap goyang2 gondola tu lagi. Aku dgn member sorg lagi kira tak pucat la tp kecut la perut. Masa tu aku rasa macam nak turun jer beb.. tp oleh kerana dah ada dalam tu so tahan jer la. Yang bestnya, diorg tak tau aku masa tu tgh menahan seksaan.. menahan rasa gayat.. Control macho beb.

Image hosted by Photobucket.com


::Pemandangan Dari skyway::


Sampai jer kat puncak genting, kami pun jalan2 sekitar Genting Hotel sambil menikmati pemandangan contsruction yg ada kat genting buat masa ni (genting skg ni byk buat construction). Masa tgh jalan2 tu, aku bg tau member2 aku, elok juga kalau naik bas kan masa bali nanti... pergh... kena gelak aku masa tu... Gelak tak hingat diorg tu.
Dalam setengah jam jalan2 kat atas tu, kami pun turun balik guna skyway juga... rasa macam menyesal lak ajak diorg naik tadi.. tapi masa turun ni mmg gerun.. lagi gerun dari masa nak naik. tp boleh control la...

Image hosted by Photobucket.com


::Pemandangan Dari Skyway::


Image hosted by Photobucket.com


::Lagi Pemandangan Dari Skyway::


Sampai jer kat bawah... rasa seronok sangat2 sbb dah tamat azab naik skyway. Perjalanan naik 20 minit, turun pun 20 minit. So, aku rasa terseksa pun dalam masa 40 minit jer.. tp berbaloi la kan daripada ada orang lain yg tak pernah naik benda alah tu. Actually ni dah kali ketiga aku naik tp tak tau lak kali ni aku rasa terseksa sangat2. Maybe akan datang aku akan naik lagi.. Bukan serik pun tapi beringat2 jer... Iyer la, masa hidup pun bukan banyak sangat amalan yg aku ada.. Korang jgn tak tau, aku dulu setakat permainan outdoor kat genting tu takde rasa takut sgt pun. tp itu dulu la...

Bagi korang yg nak rasa naik skyway tu rasalah.. Tapi yg dah rasa tu, tahniah la yer... Nanti la klu ada gambar2 kat sana aku load la kat sini buat tatapan aku sendiri... Ahaks.

Wednesday, May 25, 2005

Pembaharuan lagi

Aku tengah cuba untuk memperbaharui apa yang telah sedia ada. seperti kata orang yang dah berpengalaman "Kalau kau dah dapat apa yang kau hajati, maka hidupmu akan kembali kosong kerana kau sudah tiada tujuan hidup lagi", maka ni yang aku nak buat ni.

Tuesday, May 24, 2005

Catatan Seorang Budak Kecik..

Seperti bayi baru lahir... hanya tahu menangis.. menangis... dan menangis. Satu habuk pun tak tau.. Aku memang rabun tentang dunia blog. Aku hanya rajin membaca rentetan peristiwa & kisah yang blogger suapkan. Firstly aku nak berterima kasih kepada Sultanmuzaffar, malique dan RosmanPositivo yang secara tidak langsung telah membuka hatiku untuk berkecimpung dalam dunia blog ni.

Terlalu banyak coretan dan pandangan ku terhadap dunia hiburan, akademi dan juga dunia pekerjaan yang aku ceburi.

Insya Allah, mungkin ianya boleh menjadi panduan dan juga sempadan buat semua.

Thanks a lots guys...
rg/dc/dcmitype/StillImage" /> -->