Internet-webhosting

Monday, October 31, 2005

Malaysia... I am back!!!!

Alhamdulillah, Farah, Uncle Anuar, En. Baha dan Jaclyn Victor selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Oktober 2005 (Ahad) pukul 9.55 malam. Ketibaan mereka telah disambut oleh peminat dan keluarga masing-masing yang telah menunggu sejak pukul 9.00 malam.

Image hosted by Photobucket.com

:: Sain autograf bersama para peserta ::

Image hosted by Photobucket.com

:: Bersama sijil penyertaan ::

Beberapa wartawan seperti The Star dan 8TV juga telah menunggu kehadiran rombongan tersebut.

Tahniah buat Jaclyn Victor yang telah merangkul Juara Keseluruhan dan juga tahniah buat Farah yang telah menempatkan diri dalam barisan Top Ten New Excellent Singer. Memang telah saya dijangka bahawa Jaclyn memang layak untuk menerima gelaran tersebut. Pertandingan yang telah dijalankan pada 27-28 Oktober 2005 itu telah disertai oleh 76 peserta (Kalau tak silap saya) dari berbagai negara.

Image hosted by Photobucket.com

:: Jaclyn bergambar bersama rakan seperjuangan ::

Image hosted by Photobucket.com

:: Seantero dunia ::

Farah yang masih terasa kesejukan tetap ceria apabila keluar sahaja dari balai ketibaan. Begitu juga dengan Jaclyn, tetap ceria dengan baju ala-ala cheongsam berwarna pink.

Buat mereka berdua, tahniah diucapkan....

Untuk gambar2 ekslusif, layarilah fotopages Akak Canggish.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

congrats 2 farah coz berjaya menempatkan diri dlm top10 new excellent singer..mungkin bukan rezeki farah tuk menang kali nie..tp takpe..teruskan usaha n never never give up ok..will alwayz support farah smpai bile2 n alwayz strive 4 the best..good luck n slamt hari raya

00:18  

Post a Comment

<< Home

rg/dc/dcmitype/StillImage" /> -->