Internet-webhosting

Thursday, June 30, 2005

COSH 2005 - Synergising OSH for Business Competitiveness

Tak tau la kenapa hari ni aku cuba sesuatu yang baru.. aku cuba selitkan tentang conference yang aku hadiri kat PWTC. Tapi lantak korang la kan nak kata apa... janji aku tulis apa yang aku nak tulis. korang baca jer kan...

Image hosted by Photobucket.com


Pada 28-29 Jun 2005 (semalam la), aku ada kat conference & exhibition yang dianjurkan oleh NIOSH & diadakan kat PWTC. Kalau nak kata berbaloi tu.. aku rasa berbaloi la kalau korang pegi.. apa taknya... makan sedap.. kerusi boleh la tahan.. buat kat Dewan Merdeka lak tu.. aku rasa macam pegi kat Majlis Anugerah AIM jer.. kalau tak pun, macam pegi kat Majlis Perhimpunan Agung UMNO jer..

Tema untuk conference & exhibition untuk tahun ni "Synergising OSH for Bussiness Competitiveness". Tahun lepas NIOSH pilih tema "Behavioural Change Towards OSH Excellence". Kertas2 yang dibentangkan tahun ni banyak kepada permasalahan yang berkaitan dengan Occupational Safety & Health (OSH) di Malaysia. Berbeza dengan tahun lepas, kebanyakkannya kertas2 yang dibentangkan berkaitan dengan permasalahan OSH di luar negara (ada yang tak suka beb!!).

Kertas2 yang dibentangkan merangkumi isu2 yang berkaitan dengan Ergonomics, Workers Behavior, Bussiness competitive in OSH, Smoking in Workplace, Occupational Health, Occupational Safety, Safety culture & banyak lagi isu2 yang lain. Bagi yang tidak pernah mendengar tentang OSH, bagi aku, ini titik permulaan untuk mengenal apa dia OSH. Bagi yang biasa dengan isu2 OSH di Malaysia, aku rasa ia bagus untuk menambah dan menimba ilmu daripada orang yang lebih arif. Kawan2 pun ramai...

Untuk exhibition.. banyak gak public sector yang mengambil bahagian dalam exhibition. Tak kurang juga penyertaan dari private sector. Bagi aku yang paling seronok bila exhibitor bagi souvenior... itu yang aku paling tunggu2.. (Benda free beb, siapa tak nak!!!)

Bagi aku la kan... COSH 2005 adalah COSH yang ada sentimental value bagi aku. Walaupun aku dah involve dalam 5 COSH setakat ni.. aku rasa ini yang paling bermakna. Banyak pengalaman yang aku dapat dari COSH 2005 ni... kalau korang nak tau apa dia... tahun depan korang masuk la... korang akan tau gak nanti..

Ahakahakahak!!! ok la.. aku pun tengah selsema ni... kepala pun dah berdenyut2.. sure balik ni.. terus zzzzzzzzzzzzzzzz..

Adios..

Sunday, June 26, 2005

Penyingkiran My Finalist - Idayu

Image hosted by Photobucket.com

::Nor Farah Idayu.::

Arghhhhh!!!! perasaan geram... marah... kecewa... bengang... terkilan... sedih dan bermacam2 lagi perasaan yang aku rasa apabila pengumuman penyingkiran seorang pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-3 minggu yang ke-4. Idayu adalah salah seorang dari senarai finalis aku.. aku nampak bakat yang dia ada.. (walaupun sesetengah orang akan kondem aku sbb kenyataan aku ni). Bagi aku, kalau bakat sebagai penyanyi yang dicari... Idayu adalah salah seorang daripadanya. Aku tak tau mana silapnya.... samada ini silap Idayu.... atau silap pengkritik... atau silap pengundi... tapi yang pasti, Idayu dah terkeluar. Redha....

Aku tau, ini adalah program realiti yang 100% keputusan ditangan pengundi. Tapi aku rasa kurang adil la kalau kita mengundi hanya bersandarkan semata2 kita minat kepada seseorang. Aku tau, kita minat atau menyokong seseorang pelajar kerana beberapa sebab.. dan hanya korang sahaja yang tau apa sebabnya... Aku pun ada sebab kenapa aku meminati Idayu. Program ni adalah program untuk mencari bakat sebagai penyanyi dan bukannya program mencari orang yang paling sopan santun atau orang yang paling cantik atau seorang pelawak dan sebagainya... INGAT.... program ni untuk mencari bakat sebagai seorang penyanyi... diulangi sekali lagi... bakat sebagai seorang PENYANYI.

Tapi... ialah... keputusan ditangan pengundi.. Hanya pengundi yang layak untuk menentukan pelajar mana yang sesuai untuk bertahan hingga ke minggu akhir.. Teruskan usaha anda sebagai pengundi. Aku ada beberapa sebab yang memungkinkan Idayu keluar pada minggu ini... dan kenapa Idayu harus tetap berada di Akademi Fantasia... tapi biarlah aku sahaja yang tahu...

Ok, back to the concert... setakat konsert Akademi Fantasia yang ke-4 ni, aku rasa konsert kali ni adalah konsert yang aku rasa paling bagus diantara konsert2 AF3 yang lain. Bagi aku, pelajar2 AF sudah pandai mematangkan diri mereka untuk menghayati lagu mereka, pandai berperasaan dan juga boleh berkelakuan dan berperangai sebagai seorang yang akan dianggap sebagai seorang idol atau bintang di masa akan datang. Syabas.....

Aku tak nak komen tentang persembahan mereka secara detail.. cuma bagi aku, untuk konsert minggu ke-4 ni.. aku kurang berpuashati dengan persembahan Kefli, Ekin (walaupun aku minat dengan Ekin) dan Aidil. Untuk pelajar2 yang lain, aku rasa terhibur. "ko tak rasa puashati ker dengan persembahan mereka???". Aku berpuashati dengan keadaan mereka yang baru 3-4 minggu berlatih dan belajar... tapi aku akan meminta lebih dari apa yang mereka persembahkan semalam untuk konsert2 yang akan datang. Itu yang aku harapkan...

Apa2 pun, ni list pelajar & lagu yang mereka persembahkan semalam.

AMY - Bilang Saja (Agnes Monica)
YAZER - Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
AKMA - L.O.V.E (Natalie Cole)
KEFLI - Seksa (Ukays)
MARSHA - Tunggu Sekejap (Allahyarham P. Ramlee)
FELIX - Semut Merah (Meggy Z)
REZA - Senandung Semalam (Jamal Abdillah)
EKIN - Antara Dua (Farah)
IDAYU - Tiada Lagi Tangisan (Aishah - Misha Omar)
AMYLEA - Don't Know Why (Norah Jones)
AIDIL - Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy & Martin)
MAWI - Nou'r El Ain (Amr Diab)

Secara keseluruhan, much better than before..... Good Luck to u all..

dan jangan lupa untuk datang beramai2 ke Dataran Putrajaya, Putrajaya untuk menyaksikan Konsert Akademi Fantasia minggu yang ke-5 pada 2 Julai 2005 nanti..

Saturday, June 18, 2005

Happy Father's Day

Selamat Hari Bapa.. Happy Father's Day.... itulah ungkapan yang selalu kita dengar dari mulut seorang anak kepada ayahnya dan seorang isteri kepada suaminya.

Tapi apa yang aku dapat adalah... berita tentang seorang ayah yang terlantar sakit.. actually aku mendapat tahu yg ayah aku masuk hospital dua hari lepas... tengah malam.. dalam kul 12 tgh malam. so, esoknya aku terus booking tiket balik kampung.. n sekarang ni aku tgh kat airport, tgh tunggu adik aku yang nak jadi cikgu tu ke sebuah pulau kerana dia ditempatkan di pulau tu untuk latihan mengajar. Jadi, selama dia sakit n aku tiada... adik aku ni la yang jaga n hantar ayah aku gi hospital. Sekarang dia dah takde.. nasib baik aku balik kg... ada juga yg jaga ayah aku..

Tahun ni mmg aku ada plan utk ayah aku sempena Hari Bapa ni... Baru nak plan yang baik punyer plan utk hari bapa... tertiba jer dapat berita yang mengejutkan.. tapi bukan plan utk aku.. tapi plan utk ayah aku la.. apa2 hal pun.. ada hikmahnya.. yang penting aku dah balik tanpa dirancang, semata2 untuk bertemu dan bersama2 dengan ayah aku khas untuk Hari Bapa.. Kalau bukan kerana mendapat berita ni, maybe aku tak bersama dengan ayah aku masa ni.. mungkin aku kat KL tengah merewang atau tgh dok ofis untuk mengisi masa lapang aku.

Buat teman2 sekalian.. sempena Hari Bapa ni, aku berpesan termasuk diri aku sendiri... luangkan lah masa untuk orang yang tersayang walaupun sekejap sementara mereka masih ada.. mungkin sekarang korang tak rasa.. tapi aku yakin suatu hari nanti korang akan tercari2 mereka... dan Alhamdulillah sekarang ni ayah aku masih ada dan aku masih bersama mereka...

Monday, June 13, 2005

Penyingkiran Elliza.. Adakah satu hikmah atau sebaliknya..

Aku terkejut... tiba2 jer Elliza dipeluk oleh rakan2 seperjuangannya.. dalam hati aku.. "Aiks, elliza ke keluar?" Memang betul.. Elliza keluar. Aku menghitung2 apa sebabnya Elliza terkeluar diminggu yang kedua.. dan sebagai pelajar yang pertama terkeluar dari Akademi Fantasia.

Cuba korang renung2kan... kenapa dia yang terpilih? Aku bukan pro or anti Elliza tapi sekadar pemerhati dari jauh. Aku rasa (yang aku rasa tau.. bukan korang) ada hikmahnya Elliza keluar awal. Salah satunya adalah mungkin kalau lebih lama Elliza berada di Akademi, makin ramai lah orang yang akan membencinya.. (mungkin)..

Image hosted by Photobucket.com
sumber foto: Astro

:: Elliza ketika beraksi di konsert AF ke-2 ::

Kemungkinan yang lain adalah ...... rezeki untuk Elliza terbuka awal di luar Akademi.. sementara rakan2nya yang lain masih berada di dalam kurungan.

Tapi ingat... walaupun ada kelebihannya menjadi pelajar terawal yang terkeluar.. keburukannya still ada.. Elliza kecundang sebelum berpeluh di medan peperangan.. Dia rugi kerana tidak dapat mengaut segala ilmu yang tersedia di dalam Akademi. Walaupun Elliza boleh belajar diluar, tetapi cara pendekatan dan pengajaran tidak akan sama walaupun dari guru yang sama..

... dan yang pasti, kerugian peluang untuk mendapatkan/memiliki sebuah kereta dan sebuah apartment yang mana kalau sesiapa yang berjaya menambat hati Elliza... "cuci kaki la korang"...

Bagi aku keluar awal, kedua atau seterusnya... tetap sama.... cuma harapanku agar mereka yang telah terkeluar tu pandai membawa diri... pandai menghargai peminat.

Good luck....

Saturday, June 11, 2005

First Expression is Not Always Right

Semalam (Jumaat) start kul 20.00 sampai la kul 00.15, aku ada job kat sebuah Yayasan di Jalan Ampang.. Biasalah kalau bukan video shooting, dah tentulah jadi 'juruaudio' untuk majlis yang dianjurkan oleh Yayasan tersebut bagi meraikan kemenangan mereka dalam kejohanan sukan antara yayasan diseluruh Malaysia.

Betul kata pepatah inggeris.. "First expression is not always right". Mereka2 yang datang di dalam majlis tersebut adalah golongan yang boleh dikatakan pemuda menuju ke petua. Dari segi personaliti dan cara bergaul, bagi aku biasa... tiada yang luar bias..

Apabila kami membuka peluang untuk mereka berkaraoke. Dari sambutan yang diterima, memang berbaloi la klu diadakan majlis tersebut. Mereka tidak membuang masa langsung.. terus pilih lagu.. dan apa yang menarik bagi aku adalah .... suara mereka memang superb... tak tau la mereka ni memang kaki karaoke ker atau memang "born to stage" atau luck diorg malam tu nyanyi mengalahkan artis asal.. bukan seorang dua, tapi ramai yang macam tu.. Seperti Kudsia Kahar pernah kata kepada seorang student Akademi Fantasia 2, tone tu (kebanyakkannya) hanya boleh didapati di sebuah negeri sahaja di malaysia ni... dan itu lah tone yang aku dengar semalam..

Aku tulis ni bukan sebab aku nak memuji diorg pun (kalau tak puji, apa lagi namanya tu??) tapi aku tak terfikir dengan usia, asal dan personaliti mereka, mereka boleh dikatakan berbakat dalam nyanyian dan menjadi seorang penghibur. Apa2 je la... janji aku seronok melihat gelagat mereka dan mendengar suara mereka..
ok... Adios..

Saturday, June 04, 2005

Review Album ANTARA DUA ~ Farah

Image hosted by Photobucket.com



Kulit album ni diambik dari Komputer Rosmanpositivo (Thanks Che Ros)


Sabtu yang membosankan bagi aku, tak banyak benda yang aku buat dari pagi tadi hinggalah sekarang. Tapi entah macamana aku terfikir lak nak komen sikit tentang album sulung Farah yang berjudul ANTARA DUA. Aku bukan seorang pengkritik professional tapi ni adalah datang dari hasil kajian aku sendiri la (Takde kene mengena dengan orang lain). Komen ni keluar dari isi hati aku setelah mendengar lagu2 yang terdapat di dalam album Farah. Itu pun depends on halwa telinga aku gak, bukan dari orang lain.

Track 01~Jalan Terakhir
Tajuk lagu ni seolah2 tajuk lagu Allahyarham Sudirman SALAM TERAKHIR. Muzik yang perlahan dan begitu sesuai didengar ketika nak masuk tidur. Lagu berkisarkan dua orang insan yang ingin membina mahligai bahagia tetapi kecundang di tengah jalan. Muzik arrangement lebih kurang seperti arrangement lagu TDK.

Track 02~Antara Dua
Lagu ni dah berkumandang di corong radio sebelum album farah diedarkan lagi. Lagu yang rancak dan kaki anda boleh bergoyang mengikut rentak. Mengisahkan seorang insan yang mempunyai dua hati dan tak tau nak pilih yang mana satu idaman kalbu. Risik2 lah Farah kalau nak tahu siapa diANTARA DUA tu..

Track 03~Usah Kau Berpaling
Satu lagi lagu sedih dan mendayu-dayu yang terdapat dalam album ni. Intro lagu ni seolah2 intro lagu Ziana Zain.. Susah gak nak bagi komen.. tapi best didengar pabila malam menjelma.

Track 04~Menari Bersamaku
Salah satu lagu yang aku minat. Rentak yang rancak. Bila aku dengar lagu ni... tak sah kalau kepala aku tak goyang2. Tapi part yang aku paling minat dan tunggu2 adalah part yang akhir tu... kalau korang nak tau... cuba2 lah dengar ok...

Track 05~Tangisan Dalam Kerinduan
Lagu yang memperkenalkan Farah dalam dunia artis. Lagu yang dipertaruhkan semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 2. Tak perlu aku bagi komentar. Korang semua dah hafal dah lagu ni.

Track 06~Mengejar Pelangi
Lagu kedua yang aku minat dalam album ni. Rentaknya yang rancak dan ada unsur2 Rock. Pada sesiapa yang pernah pergi ke Showcase Farah di Safari Lagoon, lagu ni adalah antara lagu2 yang didendangkan semasa berlangsungnya showcase tersebut. Dan itulah kali pertama aku dengar lagu ni. Seperti kata Aznil.. "Bukan senang nak jatuh cinta pada lagu yang baru kali pertama anda dengar, tapi saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini"..dan begitu juga dengan aku... Aku jatuh cinta pandang pertama dengan lagu ni.

Track 07~Milikmu Sepenuhnya
Lagu yang berentak slow, sama seperti lagu Jalan Terakhir dan juga Usah Kau Berpaling. Lagu2 yang berentak demikian banyak menguji kebolehan vokal Farah dari low tone hinggalah ke high tone.

Track 08~ Mengapa,... Janji Manismu
Lagu yang Farah dendangkan semasa konsert minggu ke-3 dan ke-9 ini yang telah menyeret aku untuk meminati Farah. Lagu mengapa yang telah meremangkan bulu roma aku (ada bulu roma ker??) semasa tengah menonton konsert tersebut. Lagu Mengapa dan Janji Manismu ini telah di'MEDLEY'kan dalam album ni. Arrangement lagu yang telah disusun semula oleh Adnan Abu Hassan ini akan mengimbas kembali nostalgia kita ketika Farah berada di Akademi Fantasia.

So, bagi korang yang nak tau lebih lanjut tentang apa isi kandungan album Farah ni.. korang belilah sendiri ok... bagi aku... aku akan bagi Image hosted by Photobucket.com untuk album ini.

Wednesday, June 01, 2005

Album Sulung Farah di pasaran ~ Dapatkan Segera

Image hosted by Photobucket.com


Aku hairan... semalam banyak sangat sms yang aku terima bertanyakan tentang album farah ni.. aku blur kejap, "kenapa ramai sgt yg tanya aku ttg album farah hari ni???" Rupa2nya.. album farah dah ada di pasaran dah...

Memang dah lama aku tunggu album farah ni, sejak aku kenal dia sehinggalah sekarang, memang salah satu yang aku tunggu adalah albumnya. Dan hari ni adalah hari yg ditunggu2 kerana album farah yang berjudul "ANTARA DUA" telah berada dipasaran.

Lagu2nya boleh tahan... boleh layan beb.. tp klu nak tau halwa telinga tu sedap ker tak, dengar la sendiri..

First time aku dengar lagu farah adalah pada pukul 6 pagi di Radio Era. Masa tu aku tengah dengar radio tetapi aku tak tau la lagu apa yang dimainkan oleh DJ. Tetiba jer Sue Larkin telefon aku, dia suruh aku dengar Era sebab lagu Farah sedang berkumandang di radio. Masa tu, ERA sedang memainkan lagu ANTARA DUA. Mula-mula konfius gak sebab suara tu bukan suara farah, tetapi jika korang amati betul2, korang akan tau bahawa itu adalah suara farah.

Image hosted by Photobucket.com


Hah!!! yang ni posing maut farah semasa berada di Gold Coast, Australia baru2 ni.. Poskad ni anda boleh dapatkan dengan membeli album farah melalui Farah Fan Club. Sila lawati FarahFanClub untuk maklumat lanjut. Poskad ni siap ada tandatangan farah yang original lagi.


Dapatkan segera!!! Sementara stok masih ada..
rg/dc/dcmitype/StillImage" /> -->