Internet-webhosting

Thursday, February 02, 2006

Farah Turn 21 Celebration- Hotel Crown Princess

Bertemu kembali setelah sekian lama menyibukkan diri dalam bidang kerjaya. Hari ni ada Farah ada rakaman untuk rancangan Macam-macam Aznil yang di adakan di Wisma Ali Bawal, PJ jam 5 petang. Saya memang tak dapat pergi atas atas sebab kerja.

Seperti yang kita sedia maklum, Farah telah pun mencecah usia ke 21 tahun pada 25 Januari 2006 dan Kelab Peminat Farah, Malaysia (FFC) telah pun menganjurkan satu majlis yang dinamakan sebagai FARAH TURN 21 CELEBRATION yang diadakan di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 28 Januari yang lepas. Acara tahunan (aku boleh katakan sebagai acara tahunan la sebab tiap tahun ada) ni adalah satu penghargaan peminat kepada Farah yang selama ini telah menghiburkan mereka samada di atas jalanraya, di bilik tidur, pejabat dan juga di mana-mana sahaja mereka berada ketika mereka mendengar lagu nyanyian Farah.

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Dengan tema Pink & White (x salah kalau aku sebut merah jambu dan putih yer), seramai lebih kurang 100 orang tetamu termasuklah ahli keluarga, sahabat handai, wakil wartawan, blogger (SultanMuzaffar RosmanPositivo) dan peminat menghadiri majlis ini. Majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam ini telah diserikan lagi dengan kehadiran sahabat rapat Farah di Akademi dahulu iaitu Nurul. Nurul yang memakai baju berwarna pink dan berseluar putih turut memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

Suasana riang dan ceria sedikit sebanyak tergugat (saya tak kata ini men'spoil'kan majlis tau.. ini adalah satu saat yang boleh membawa mood kita kepada mood melankolik)dengan kehadiran Nurul pada malam tersebut. Kita pun sedia maklum bahawa Nurul dan Farah telah sekian lama tidak bersua muka dan beramah mesra bersama. Inilah ketikanya mereka berdua melepaskan rasa rindu yang terpendam.

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Aturcara majlis juga adalah seperti biasa dengan dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Faiez, diikuti dengan ucapan Yang Di Pertua FFC, Saudara Abdul Hadi dan seterusnya ucapan yang dinantikan oleh para jemputan iaitu ucapan dari Farah Diana Anuar. Pada tahun lepas, ucapan Farah banyak menyentuh kepada kerjaya seninya dan juga sokongan peminat terhadapnya, tetapi pada tahun ini, Ucapan Farah banyak menyentuh kepada hubungan peminat dengan Farah sendiri (jangan disalahertikan) dan juga mengenai apa itu erti kunci kebebasan.

Acara seterusnya adalah acara memotong kek. Kek yang dibawa masuk dari luar dewan telah dibawa sendiri oleh Nurul yang mana ini adalah satu kejutan buat Farah. Terus terang dikatakan bahawa plan kami berjaya untuk membuat kejutan terhadap Farah.


Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Setelah selesai acara memotong kek, para hadirin telah dijemput untuk menjamu selera yang telah disediakan. Dalam masa yang sama juga, Para hadirin telah dihiburkan dengan tayanga video yang telah dibuat oleh saudari Nor Lizawati a.k.a Rockin bertajuk Journey, The Chronicles of Farah Diana yang mengandungi video-video esklusif dari awal pembabitan Farah dalam AF sehingga ke hari ini. Tahniah di atas hasil kerja yang boleh membuatkan Farah dan hadirin mengalirkan airmata.

Di majlis ini juga, Farah sempat menghiburkan para peminatnya dengan dendangan dua buah lagu yang dipetik dari album pertama Farah yang berjudul Mengejar Pelangi dan Antara Dua (feat. Hakeem). Selesai Farah menghiburkan peminatnya, sessi autograf dan bergambar beramai-ramai pun bermula. Majlis berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Terima kasih kepada Power Roots, Aura Seri dan Ginvera yang sudi menjadi penaja FARAH TURN 21 CELEBRATION. Insya Allah pada tahun hadapan, sokongan anda semua masih berterusan. Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Tahniah juga kepada AJK yang telah bertungkus lumus mengadakan majlis seperti ini.

Disini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sempat mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kat saya pada malam tu. Saya tak sangka pulak korang boleh wish kat saya beramai-ramai. Terima kasih buat FFC, Farah dan keluarga dan sesiapa sahaja yang kenal saya kerana selama ini anda semua telah membuatkan saya ni wujud di dalam masyarakat.

Untuk melihat gambar-gambar ekslusif, sila layari laman web Rockinxchange. Dibawa khas buat tatapan anda semua. Dan satu lagi, nantikan kemunculan VCD Farah Turn 21 Celebration yang akan muncul tidak lama lagi dengan kerjasama Kelab Peminat Farah, Malaysia (FFC) . Untuk tempahan awal VCD Farah Turn 21 Celebration, sila sertakan nama dan no. tel anda ke alamat email sr_creativemedia@yahoo.com dengan segera.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

rg/dc/dcmitype/StillImage" /> -->